Pages

Wednesday, May 16, 2012

Misteri Air Berbau Busuk Terbongkar

anggota bomba dan penyelamat menurunkan mayat lelaki yang ditemui dalam tangki air di Taman Sri Titingan, Tawau kelmarin.

TAWAU – Misteri air berbau busuk yang membelenggu penduduk di Taman Sri Titingan dekat sini sejak seminggu lalu terbongkar dengan penemuan satu mayat lelaki di dalam sebuah tangki air di taman itu kelmarin.

Mayat lelaki yang mereput itu ditemui oleh pekerja penyelenggara tangki air di taman itu ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan tangki pada pukul 8.30 pagi.

Difahamkan, ketika ditemui, mayat itu dalam keadaan bogel dan terapung selepas dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 34, berkata, dia mencurigai kebersihan air di tangki rumahnya selepas terhidu air itu berbau busuk sejak beberapa hari lalu.

Sejak hari itu, katanya, dia langsung tidak menggunakan air tangki di rumahnya dan sanggup membeli air yang dibeli dari kedai.

“Dalam tempoh itu, kami memaklumkan masalah air busuk kepada pihak pengurusan air sebelum pekerja-pekerjanya menemui mayat di dalam salah sebuah daripada sembilan buah tangki air di taman itu,” kata Osman ketika ditemui di sini.
sumber