Pages

Sunday, April 1, 2012

40 Kali sehari Kena rasuk

gambar hiasan

KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.

Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua. 

Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini. 

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.

Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.

Kalimah Allah Muncul Di Bumi North Afrika


Segala alam hasil ciptaan Allah , dalam kita tidak sedar hasil ciptaanNya di tinggalkan tanda kebesaranya. Sepertimana kalimah Allah di Matahari dan kali ini pula terdapat kalimah Allah yang begitu besar dan dapat di lihat dengan menggunakan satelit.

Kalimah tersebut dapat kita lihat di Africa utara.

Subhanallah, macam mana khalimah tersebut boleh berada di situ?


Satu bukti yang tidak boleh dinafikan yang menunjukkan bahawa Allah adalah pencipta langit dan bumi. Penemuan yang dilakukan oleh Keyhan Mohmand dari Almere Stad, Holland. Beliau telah mengesahkan imej ini dengan imej beberapa Afrika dari laman web NASA dan semua mereka (tanpa penutup awan) menunjukkan nama Allah dengan jelas.Subhanallah!

Saksikan lagi gambar-gambar khalimah Allah yang dirakamkan oleh Nasa di bawah ini.



sumber

Mandi Malam Memudaratkan ?

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan.

Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres.

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau.

Kebaikan mandi 

Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu.

Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya.

"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk.

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering.

Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.
Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

"Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau. - Bernama

Awas Jangan Jilat Sampul Surat Dengan Lidah


Salam..AMir dapat tahu lah ramai juga yang suka menjilat Sampul surat nie dengan menggunakan lidah.. Ramai di antara kita yang suka menggunakan kaedah yang mudah iaitu menggunakan lidah untuk melekatkan setem dan untuk melekatkan sampul surat.. Tapi tahukah anda sebenarnya pebuatan ini boleh memudaratkan kepada kesihatan anda satu hari nanti.

Buktinya, ada seorang wanita yang bekerja di pejabat pos di California tidak menggunakan span untuk melekat sampul surat tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Selang beberapa jam, perempuan itu mendapati terdapat luka kecil pada lidahnya. Apabila luka itu makin lama makin membengkak, wanita tersebut terus mendapatkan rawatan di klinik. Tapi malangnya doktor tersebut hanya menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Walaupun tidak merasa sakit, perempuan itu mendapati luka di lidahnya semakin membengkak dan membesar. Akibat kerisauan, wanita tersebut terus berjumpa doktor dan memaksa doktor itu memeriksa dengan lebih teliti di bahagian lidahnya. Doktor menyuruh perempuan itu menjalani ujian X-ray dan hasilnya doktor itu mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Akibat benjolan itu, doktor mengarahkan perempuan itu untuk menjalankan pembedahan kecil pada lidahnye. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya tempoh hari dan telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menjelaskan :

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”


P/s : lihat? bagaimana hanya dengan kelekaan kita, satu musibah boleh menimpa kita.. jadi berwaspadalah ketika melakukan sesuatu perkara..Nasib Baik AMir tak pernah jilat sampul surat..Kalau tidak,tak boleh makan lah AMir

Petua : Haluskan Tapak Tangan


Bagi orang perempuan terutamanya para isteri, hari-hari kemas rumah, basuh baju, masak & macam-macam lagi boleh buat tangan kita jadi kasar kan?

Pernah jugak Amir dengar orang tua kata, mak mentua kalau nak cari menantu tengok tangan bakal menantu tu kasar ke tak. Kalau lembut je sah-sah lah tak pandai buat kerja rumah. heee...
Zaman sekarang apa kisah, banyak produk untuk lembutkan kulit.

Petua hari ni mungkin boleh membantu, tak keluar modal besar pun. Tak rugi kalau cuba. ;)

Petuanya ialah menggunakan serbuk kopi. 
Selepas bancuh kopi, serbuknya jangan dibuang. 
Gunakan untuk menggosok tapak tangan. 
Biarkan kering selama lima minit kemudian basuh bersih dengan air paip.
InsyaAllah, pasti dapat rasa kelembutan kat tapak tangan. 
Diamalkan setiap hari untuk hasil yang lebih baik.

Selamat mencuba ye!

Sekian.

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam?

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam? – Apa yang bakal aku kongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

kahwin cara melayu atau kahwin cara islam

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


***********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Gambar Artis Lelaki Malaysia Yang Telah Berhijrah…

Asslamualaikum..Amir nak tanya korang dulu,Korang sihat ke tak??Mesti lah sihat kan kalau tak sihat macam mana korang boleh buka blog Amir nie...Berbalik kepada topik kita ...Syukur kerana sekarang ni ramai artis-artis yang dah berhijrah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik. Di harap penghijrahan tersebut dapat buka hati lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk lebih taat pada ajaran Islam.

Siapakah artis-artis lelaki yang telah berhijrah tersebut?



Mereka adalah;

1. Bob Lokman – bekas pelakon, pelawak, komposer
2. Ustaz akhil hayy – bekas penyanyi rock (80-an) ‘D Riyadh’
3. Megat – bekas penyanyi kumpulan ACAB
4. Azmeer Mustafa – bekas pelakon filem ‘ali setan’
5. Ustaz Radzi – bekas penyanyi rock ‘Melissa’
6. Iwan Syahman – bekas penyanyi dangdut
7. Izam – bekas vocalis kumpulan E.Y.E
8. Sham kamikaze – bekas gitaris kumpulan ‘kamikaze’
9. Mel – bekas penyanyi kumpulan ‘Wings’



P/s: Kita ni hanya menumpang. Hidup pun hanya sekali. Apa salahnya kita mencari jalan hidup yang paling baik tanpa membuang masa yang tinggal untuk hidup ni.