Bagi orang perempuan terutamanya para isteri, hari-hari kemas rumah, basuh baju, masak & macam-macam lagi boleh buat tangan kita jadi kasar kan?
Pernah jugak Amir dengar orang tua kata, mak mentua kalau nak cari menantu tengok tangan bakal menantu tu kasar ke tak. Kalau lembut je sah-sah lah tak pandai buat kerja rumah. heee...
Zaman sekarang apa kisah, banyak produk untuk lembutkan kulit.
Petua hari ni mungkin boleh membantu, tak keluar modal besar pun. Tak rugi kalau cuba. ;)
Petuanya ialah menggunakan serbuk kopi.Selepas bancuh kopi, serbuknya jangan dibuang.Gunakan untuk menggosok tapak tangan.Biarkan kering selama lima minit kemudian basuh bersih dengan air paip.InsyaAllah, pasti dapat rasa kelembutan kat tapak tangan.Diamalkan setiap hari untuk hasil yang lebih baik.
Selamat mencuba ye!
Sekian.