Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata,
“saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran
di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang
terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke
kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya
sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan
seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah
SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah,
saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari
raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia
(mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah).
Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat
sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya,
“bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara
kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai
Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah
adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-
Nabi kita adalah kekasih ALLAH,
namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang
terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah
Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya
beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada
menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat
"tukanglawan" cari.
Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-
.
.
.
Jikalau nak dibandingkan dengan
rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang
dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki
rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras
tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
sumber