Pages

Saturday, July 14, 2012

Rozaimi setuju jalani ujian pemilihan di BEC Tero Sasana

Rozaimi,Ujian Pemilihan,BEC Tero Sasana
ROZAIMI mengesahkan akan menjalani ujian pemilihan dengan kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.















DILEMA penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman berakhir sudah. Semalam, peledak berbisa negara itu mengesahkan bakal menjalani ujian bersama kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.
Ternyata spekulasi mengenai kualiti permainan liga di Thailand yang lebih terarah kepada aktiviti menjual perlawanan sebelum ini tidak mengganggu keterujaan Rozaimi menimba ilmu di luar negara.


Nama anak kelahiran Bongawan, Sabah itu tiba-tiba meniti di bibir peminat bola sepak tempatan apabila berjaya meledak 10 gol pada kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rozaimi menafikan spekulasi yang mengatakan beliau ‘lupa daratan’ sebaik menyertai Gergasi Merah secara pinjaman.

“Saya sayangkan Sabah, namun peluang menimba ilmu bersama Selangor tidak harus saya lepaskan.
“Lagipun saya masih muda, jadi jika saya gagal menyertai Tero Sasana saya akan kembali semula bersama Sabah, bukannya Selangor,” katanya yang berharap dapat meledak gol bagi membantu Sang Badak muncul juara Sukma malam ini.

Dalam pada itu, jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim mengakui kehadiran Rozaimi menjadikan Sabah pasukan pilihan untuk muncul juara malam ini.
“Ini merupakan final pertama kami sejak muncul juara Sukma 2002 di Sabah, jadi saya harap kemarau emas Sabah selama sedekad lalu akan berakhir,” katanya.
Kosmo