FAKTA YG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar...
SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup
dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil
"Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak
Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR "
adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah
jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada
keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah
pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri
dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka
yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat
semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang
masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu
dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong,
suara orang menangis dan bermacam macam lagi dari Bilik Terakhir
tesebut.
Tak
kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing
hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian
tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang
yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa
suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu
adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak
tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada
suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden
telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik
Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul
01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari
berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk
untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka
terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah
Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana
seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia
beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya
mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia
berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan
juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau
didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam
gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun
dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba- tiba hilang dari
pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan
awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " ahmad
albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab
yang punyaaaaaa ... "
p/s:-aku pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha
Sumber: