CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia
mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk
berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda
perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap
lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan
angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika
cuaca sejuk.
CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol
dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap
petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki
minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus
anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta
anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak,
penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
CARA #6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus.
Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
CARA #7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah
10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza
bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
CARA #8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu
seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak
bergerak..
CARA #9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan
gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana
enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’
jika kereta anda memilikinya.
CARA #10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut.
CARA #11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan
sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja
dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...
CARA #12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna
basikal atau motosikal saja berbanding kereta.
CARA #13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan
aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak
bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
CARA #14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal
accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana
tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak
racing gi masuk Sepang Circuit...
CARA #15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan
pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan
perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.
CARA #16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya
pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat
minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka
yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.
CARA #17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar
minyak pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar
kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk
memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih
arif mengenai kereta anda.
CARA #18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin
dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan
membazirkan minyak sahaja.