Kira-kira
70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina
menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert
Lady Gaga dibatalkan.
Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres
Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan
kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.
Menurutnya,
pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas
semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan.
Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.
Bekas
Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur
boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.
Sebelum
ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga
di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam.
Sumber
Saturday, May 19, 2012
Penganut Kristian Filipina Berhimpun Bantah Konsert Lady Gaga
3:58 PM
isu semasa