Menurut survey pada akhir tahun 2011 terhadap 2,200 orang dewasa dan kanak-kanak di Eropah dan Amerika, 15 peratus dari kanak-kanak berumur 3-8 tahun telah menggunakan iPad ibu bapa mereka. 9% dari kanak-kanak tersebut memiliki iPad sendiri, sedangkan 20 % memiliki iPod seperti di dari medindia, Rabu (4/4/2012).
Sebanyak 77 % ibu bapa percaya bahawa penggunaan gadget seperti tablet berguna kepada kanak-kanak untuk membantu mengembangkan kreativiti.
Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
“Adalah tidak salah untuk cenderung menyalahkan gadget seperti tablet untuk masalah perkembangan anak. Tablet mungkin memiliki hubungan sebab masalah tersebut, tetapi yang perlu ditegaskan adalah bagaimana kawalan ibu bapa terhadap batas penggunaannya,” kata Lisa Guernsey, Pengarah yayasan Early Education Initiative, Amerika.
Untuk mengetahui sejauh mana tablet mempengaruhi perkembangan anak, anda boleh mencuba mengajak anak-anak anda berbual0bual ketika anak-anak tersebut sedang seronok bermain dengan tabletnya. BOlehkah anak fokus terhadap percakapan selama 30 minit sahaja tanpa melihat ke layar tablet?
“Anda tidak perlu panik mengatasi masalah tersebut. Otak anda akan berubah sepanjang waktu, setiap kali anda mempelajari sesuatu yang baru,” kata Annie Murphy Paulus, penulis buku How the Nine Months Before Birth Shape the Rest of Our Lives.
“Jangan biarkan tablet menjadi pengasuh elektronik untuk anak anda. Bataskan waktu penggunaan tablet dan selalu dampingi anak-anak anda ketika bermain dan belajar dengan tabletnya,” kata Warren Buckleitner, seorang editor Children’s Technology Review.