Albert Bierstadt (7 Januari 1830 – 18 Februari 1902) adalah seorang pelukis Amerika- Jerman paling dikenali.
Disebabkan oleh minat Bierstadt terhadap landskap gunung, Mount
Bierstadt dan Bierstadt Lake di Colorado dinamakan sempena namanya.
Bierstadt mungkin adalah orang pertama Eropah yang berjaya menawan
puncak Gunung Evans pada tahun 1863 yang terletak kira-kira 1.5 batu
dari Gunung Bierstadt. Gunung Evans yang berketinggian 14,265 kaki atau
4,348 m adalah salah satu dari 54 gunung-gunung dengan ketinggian
melebihi 14,000 kaki atau 4,300 m di Colorado.
Pada mulanya Bierstadt
menamakannya Gunung Rosa, merujuk kepada Monte Rosa di Zermatt yang
merupakan gunung tertinggi di Switzerland dan Rosalie Ludlow yang
merupakan nama bakal isterinya. Tetapi nama tersebut diubah ke Evans
pada tahun 1895 sempena menghormati gabenor Colorado ketika itu, John
Evans.
Pada tahun 1998, United States Postal Service (USPS) mengeluarkan
satu set yang terdiri daripada 20 setem peringatan dengan tajuk “Four
Centuries American Art”. Salah satu daripadanya merupakan karya dari
Bierstadt iaitu “The Last of the Buffalo”. Pada tahun 2008, USPS sekali
lagi mengeluarkan setem peringatan dengan tajuk “American Treasures”
yang menampilkan lukisan Bierstadt pada tahun 1864 yang diberi nama
“Valley of the Yosemite”. Lukisan ini juga ada tertera dalam salah satu
babak filem pada tahun 1995 yang diarahkan oleh Terry Gilliam iaitu
“Twelve Monkeys”.
Mari kita lihat hasil karya beliau.
Benda nie just Amir share untuk tambahkan ilmu pengetahuan korang..Nanti tak ada lah orang akan cakap kita nie ketinggalan zaman sangat..Jika anda rasa benda nie bagus untuk kwn korang juga,korang share lah.Share kat Facebook lagi bagus