Pages

Wednesday, May 2, 2012

5 tempat menarik yang kita takkan nak pergi

Bismillah.
Sememangnya kita memang suka melancong dan melawat negara-negara luar.. Tapi ada tempat yang menarik tetapi orang tak nak pergi.kenpa??

5. Mount Roraima ( Venezuela, Brazil, Guyana )

        
Dengan ketinggian lebih kurang 400 kaki, sememangnya permandangan dari Mount Roraima ni sangat- sangat cantik. Selain dari ketinggian yang sangat luar biasa, tempat ni juga dipenuhi dengan satu spesis tumbuhan periuk kera karnivor. Tapi memang teringin sangat nak buat gaya ala ala titanic kat hujung gunung tu :)

4. Izu Island ( Jepun )

    
Wow ni dah macam family John Voorhees dalam movie Friday the 13th. Semua penduduk di Izu island ni perlu sentiasa memakai topeng disebabkan oleh kawasan gunung berapi mereka, pulau ini sentiasa dipenuhi dengan bau sulfur di mana baunya boleh disamakan dengan seribu kentut. Nak tau baunya macam mana, kena datang sendiri.

3. Great Pacific Garbage Patch ( Lautan Pasifik )

          
Depenuhi dengan pelagik plastik, bahan kimia merbahaya dan pelbagai lagi serpihan kecil benda-benda yang tersangkut di lautan ini. Menarik? ya bukan senang nak jumpa tempat macam ni kan. Tapi tempat ni memang bagi kesedaran kat kita supaya sentiasa jaga alam sekitar sebelum jadi macam ni.

2. Yunga’s Road ( Bolivia )

   
Mendapat gelaran jalan paling berbahaya di dunia. Lebar jalan tidak lebih dari 3.2 meter, dengan cuacanya yang selalu hujan, berkabus dan jalan yang berlecak, dijangkakan 200-300 orang terbunuh setiap tahun di jalan ni. Siapa yang rasa nak test skill memandu boleh cuba di sini.

1. The Door to hell ( Turkmenistan )

    
Woow nama tempat nih memang yang paling cool sekali aku pernah dengar. Sejarahnya ada beberapa orang geologist yang terjumpa lubang yang dipenuhi dengan gas natural yang beracun selain gas yg dikeluarkn oleh suami saye. Haha. Jadi untuk buang gas tu, diorang buat keputusan untuk bakar lubang tuh. Sekali api tu sampai sekarang tak padam-padam lagi.
Jadi korang ada ke lagi tempat-tempat yang teringin nak pergi tapi takoooot? Sila share di sini ye :)