Pages

Saturday, April 7, 2012

Starbucks Coffee Halal Atau Haram?


Sekarang nie Amir rasa, ramai orang sedang sebarkan bahawa Starebucks Coffee haram di merata-rata tempat termasuklah di facebook.. Adakah betul-betul Jakim yang keluarkan statement bahawa Starbucks Coffee tu haram sebab bila aku tengok dekat laman web www.halal.gov.my , mereka mengatakan bahawa tiada kenyataan dikeluarkan berhubung isu Starbucks Coffee itu haram...Klik Seterusnya untuk melihat bukti beserta sumbernya...






KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
    pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
    “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
    haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
    pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarka melalui laman sosial 
    Facebook.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah
    mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media
    massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
    Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
    Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
    pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
    yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
    dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
    merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.


p/s: kalau sesapa was2 tue, tak payah la pergi minum kat situ..