Memang pelik dan menakjubkan! Hotel 30 tingkat dibina hanya 15 Hari atau 360 jam di Changsha, China tanpa ada seorang pekerja pun yang cedera. Ark Hotel ini dibina di atas tasik Dongting, di Daerah Hunan, oleh sebuah syarikat pembinaan Cina yang pakar dalam seni bina lestari.
Apa yang lebih menarik Ark Hotel berkeluasan 55.7784 meter persegi telah dibina untuk menahan magnitud 9 gempa bumi, seperti yang diuji oleh Akademi Penyelidikan Bangunan China, yang mendakwa ini adalah lima kali lebih tahan gempa daripada bangunan konvensional.
Semua bahan-bahan telah dipasang siap dan setiap seksyen dibina dengan spesifikasi di luar tapak, jadi tidak terdapat sebarang pembaziran berlaku. Para pekerja telah mengambil hanya 46 jam untuk menyiapkan komponen struktur utama dan 90 jam lagi untuk melengkapkan keseluruhan bangunan. sumber