Pages

Wednesday, April 25, 2012

Siapa Asif-dalam Kerajaan Nabi Sulaiman ??

Soalan:

Siapakah
Asif bin Barkhiya?



Jawapan:
Istana Saba' dari kejauhan

Asif
bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س). Beliau ialah
anak saudara (belah perempuan) Nabi Sulaiman ASW atau sepupunya. Bertugas sebagai
penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman ASW sekaligus menteri. Juga sebagai
kawan rapat dan pengawal Nabi Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi
Sulaiman pergi dan beliau antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi
Sulaiman ASW.
Seorang
yang soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga
amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.

Beliaulah
yang memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin
dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini dirakamkan
dalam al-Quran, Surah al-Naml ayat 38-41:
قَالَ
يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
(٣٨)

قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ
أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ
أَمِينٌ (٣٩)
قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ
عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ
فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي
أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ
فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠)
قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي
أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)
Ertinya:
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai
pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu
singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri
memeluk Islam?” ۝ berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya
kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku
amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. ۝ berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu
pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip
mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya,
berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah
Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya)
sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya
sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada
Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ۝ Nabi Sulaiman
berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu,
supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk
mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat
mencapai pengetahuan Yang demikian”.۝
Mula-mula jin
ifrit yang menawar diri tapi masih lambat kerana Asif menawar diri dengan
kerlipan mata Nabi Sulaiman saja sudah sampai Istana Balqis. Ini menunjukkan bila
mana seorang manusia itu menjadi seorang yang alim, soleh dan berilmu maka ia
akan menjadi lebih hebat dari jin. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab tafsir
yang menjelaskan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah ialah
Asif bin Barkhiya.

Tentang apakah
doanya itu, kata Mujahid r.h:
يا ذا الجلال والإكرام.
Manakala Zuhri
r.h berkata:
يا إلَهَنَا وَإلَهَ كُلِّ شَيْءٍ،
إلَهًا وَاحِدًا، لا إله إلا أنت، اِئْتِنِي بِعَرْشِهَا.
Dari kisah ini juga dapat kita ambil pelajaran bahawa
kadang-kadang dalam berdakwah memerlukan ‘izzah’ bukan mesti ‘undur-bersedia’, bukan semestinya ‘pantang mak datuk’. Dengan ‘izzah’ tertunduknya sebuah
kerajaan kafir kepada kerajaan Islam Nabi Sulaiman ASW.

Balqis ialah Balqis binti Syarahil (بلقيس بنت شراحيل) yang memerintah Yaman pada kurun
ke 10 sebelum Masehi dan menjadikan Saba’ sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini
menyembah matahari, melalui risikan salah seorang tentera Nabi Sulaiman iaitu
burung hud-hud baginda Nabi mengetahui wujudnya kerajaan besar di Yaman Selatan.
Sekarang masih terdapat puing-puing istana Balqis dan juga masih wujud golongan
jin dari zaman Balqis menetap disana.