Pages

Thursday, March 29, 2012

Apa kita boleh bila mengumpat???


Mengumpat



Mengumpat merupakan satu perbuatan yang berdosa dan dilarang oleh Allah s.w.t. Pelaku perbuatan itu juga telah dijanjikan dengan azab yang sangat berat diakhirat nanti.Rasullullah sangat melarang umatnya mengumpat kelemahan dan kesilapan orang lain kerana ia umpama memakan daging yang busuk di akhirat nanti.

Apakah maksud mengumpat?
Mengumpat bermaksud perbuatan mengata dan menghina termasuk menceritakan atau menyampaikan tentang keburukan, kelemahan dan kesilapan orang lain. Ia satu perbuatan berdosa besar yang kerap berlaku di kalangan manusia sekarang.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Tetapi  ada segelintir dari kita yang menjadikan mengumpat ni umpama satu hobi yang perlu dilakukan hari-hari. Ianya umpama satu perkara yang biasa dan tidak menjengkelkan. Kalau tak mengumpat mungkin tak selesa rasanya.  Macam-macam benda nak diumpat. Hatta ternampak rakan pakai seluar terlipat kaki pun dan diumpat. Itu belum lagi bila ternampak rakan sekerja yang memakai pakaian yang tak ‘match’ warnanya.
mengumpat
Ihsan Google
Kalau dulu, mengumpat ni biasanya terkenal dikalangan orang perempuan. Misalanya kalau orang dulu waktu petang-petang mereka akan bertandang dan duduk di tangga rumah jiran-jiran, disitu lah bermulanya  sesi mengumpat setiap hari. Tapi sekarang ni culturenya sudah berbeza. Program mengumpat kebiasaanya berlaku di tempat kerja.  Di ofis-ofis asal ada aje masa lapang, maka mulalah cuit orang sana dan cuit orang sini. Apa tindak tanduk orang yang tak kene dimata semua nak diceritakan dan dihebahkan.  Yang semakin peliknya bila orang lelaki pulak yang nampaknya semakin aktif  mengumpat. Perbuatan ini bukan sahaja melibatkan orang-orang kampong malah golongan-golongan professional seperti cikgu.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allahakan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan pemerhatian pada sekeliling aku, antara sebab orang suka mengumpat ini disebabkan:
1)      untuk memuaskan hatinya mungkin kerana tidak puas hati atau memang mengalami masalah dengan seseorang.
2)      Selain itu disebabkan rasa dengki dan cemburu atas kejayaan dimiliki oleh orang lain. Oleh kerana itu beliau akan cuba untuk memburuk-burukkan individu yang Berjaya.
3)      Akibat dari rasa bongkak atas kelebihan dan jawatan yang dimiliki sehingga timbul penghinaan dan cacian.

Setahu aku, berdosa akibat mengumpat adalah dosa antara manusia dengan manusia . Allah s.w.t takkan dapat memadam dosa itu selagi manusia yang diumpat itu tidak memaafkanya. Apa jadi jika seseorang mangsa umpatan kita itu sudah meninggal dunia. Pada siapa lagi mahu kita memohon maaf. Nasihat aku marilah kita sama-sama menyesali setiap perbuatan salah yang telah kita buat. Cubalah untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dan bertaubat tidak mengulanginya lagi. Nasihat ini untuk diri aku jugak sebab selalu sangat terdengar dan memasang telinga bila dengar orang mengumpat. Apapun aku rasa menyesal, walaupun tak join tapi seeloknya aku menjauhkan diri dari dosa-dosa seperti itu.