Pages

Thursday, March 29, 2012

Apa itu Taj Mahal??

Salam Blogger..Amir tahu yang korang semua kalau ditanya pasal Taj Mahal Nie mesti tak tahu macam budak tadika tak tahu apa apa..Walaupun ia termasuk 7 keajaiban dunia,mesti ada dikalangan kita yang masih belum tahu..Amir pun tak tahu apa apa pasal Taj Mahal..Jadi Amir letak nie dalam blog kesayangan Amir..
 
 
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Asal Dan Inspirasi
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.


Pengaruh
Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibena Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibena ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.


Pembinaan
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.


Taman Rekreasi
Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.


Seni Khat
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .



Kontraktor Projek 
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

* Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
* [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
* Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
* Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
* Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
* Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
* Muhammad Hanif - penyelia
* Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
* Pengukir dari Bukhara.
* Kaligrafi dari Syria dan Farsi.
* Inlayer dari India Selatan.
* Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.


Bahan Binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.


Arkitek Dipancung
Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Mahal seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.