Pages

Thursday, December 12, 2013

Sejarah Asas Gaming Komputer ALIENWARE


Alieware pada asalnya adalah sebuah syarikat kecil di asakan pada 1996 oleh dua sahabat baik – Nelson Gonzalez and Alex Aguila, kerana meminati komputer kedua-dua mereka sepakat untuk membina sendiri desktops, notebooks, dan workstation kemudian menjualnya.

Nama Alienware di ilhamkan daripada siri X-Files iaitu siri drama penyiasatan aktiviti makhluk asing di Bumi yang cukup popular ketika itu, dari sinilah logo Alienware berbentuk kepada makhluk asing mula diilhamkan. Ketika mula-mula dulu pengasas Alieware membeli komponen-komponen komputer, memasangnya menjadi sebuah set komputer lengkap lalu menjualnya.


Cara promosi mereka adalah melalui katalog, tempahan pula diterima melalui pos secara ‘mail order’. Stail sebegitu membolehkan mereka memenuhi citarasa pengguna berdasarkan kehendak semasa terutama pengguna komputer yang meminati gaming.

 Pada 22 Mac 2006, Dell akhirnya bertindak membeli Alienware. Kini Alienware memfokus pada industri permainan komputer secara keseluruhan serta beroperasi secara berasingan dengan Dell, namun produk terbaru Alienware tetap di pasarkan di dalam setiap katalog terbaru Dell. Saingan utama Alienware dalam industri gaming adalah Razer, syarikat ini juga turut mengeluakan peranti computer gaming mereka sendiri dari keyboard, mouse, headphone sehinggalah ke gaming laptop. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khasiat Buah Manggis Yang Kita Tidak Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari  ni saya nak berkongsi tentang nama blog saya. Buah manggis.. Buah manggis ada khasiat?
yea ker?? ramai orang tak tahu hal ini.. Hari ni saya nak kongsi tentang manggis ni.. Ni al-kisah nye




Manggis  atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.

Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.


Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.

Khasiat dan kegunaan ( Ni antara khasiat nye.. )

Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.



Kandungan Kulit Manggis

Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak.

Buah manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Cara Makan

Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.

” Saya bila makan, gigit sedikit bahagian dalam kulitnya, rasa memang kelat, tetapi puas, lepas tu baru makan isi yang manis, dalam sekelip mata rasa pahit hilang” itu pengalaman makan kulit manggis segar.

Kulit manggis dihiris & jemur hingga kering untuk dijadikan serbuk. Masuk dalam capsule.Ambil setiap hari. Di Amerika mereka membuat Jus dan menjualnya serata dunia termasuk Malaysia, dan heboh dalam blog dan ramai yang berniaga dalam internet menjual jus buah manggis.

 Cara-cara nak kupas kulit buah manggis





Khasiat Kulit Manggis

1. Memberi tenaga

2. Prevents inflammation

3. Mencegah sakit urat saraf

4. Mencegah Ulcer

5. Mencegah kemurungan

6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)

7. Mencegah kanser

8. Tingkat system pertahanan badan

9.  Awet Muda

10. Membuang toksid dalam badan

11. Membunuh kuman

12. Mencegah kulat

13. Mencantikan kulit

14. Membuang kolesterol dalam badan

15. Untuk kesihatan  jantung

16. Mengurang tekanan darah tinggi

17. Kurangkan gula dalam darah

18. Kuruskan badan

19. Cegah batu karang

20. Mengimbangi seluruh badan.

Caranya Menggunakan kulit manggis

1. Ambil buah manggis

2. Kupas

3. Isi dia enak di makan

4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering

5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.

6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Nota : Jarang kita jumpa ulat dalam buah manggis, walaupun ada buruk tetapi tiada ulat, itu rahsia buah ini.
sumber

Monday, December 9, 2013

Koleksi Bola Yang Pernah Digunakan Dalam Piala Dunia

The official football of Word Cup 2014 is called Brazuca. Let’s see the rest of the official world cup balls.
Uruguay 1930
Two different balls were used in the final: Argentina supplied the first-half ball and led 2-1 at the break; Uruguay supplied the second-half ball and won 4-2.


















Kehidupan Adik Presiden Amerika Yang Sebenar


Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.

Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.

George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis. sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih. 'Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai bapa kulit putih di kampung saya. Saya mahu menjadi sama seperti kanak-kanak kulit hitam yang lain,"katanya.

George mula minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah. 

Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika. 

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah - Daily Mail

Sunday, December 8, 2013

INFO/TIPS : Fungsi dan kesan AIR pada tubuh badan kita


Apakah kepentingan AIR dalam kehidupan seharian kita? Kalau nak diikutkan keperluan sangat-sangat banyak. Boleh dikatakan AIR adalah sumber terpenting bagi manusia dan alam semula jadi. Tanpa AIR? haaa.. lu pikir la sendiri!! Boleh ke tak ada AIR? nak mandi, basuh baju, basuh pinggan dan segalanya menggunakan AIR. Untuk tubuh badan kita pun AIR memang diperlukan untuk membantu sistem pemprosesan dalaman tubuh kita. Bagaimana ia membantu? Jom baca lagi ~

MINUM AIR PADA WAKTU YANG BETUL MEMBERI KESAN MENDALAM PADA TUBUH BADAN KITA
  • minum 2 gelas AIR setelah bangun dari tidur (petua awet muda) : membantu menggiatkan organ dalaman
  • minum 1 gelas AIR 30 minit sebelum makan : membantu penghadaman penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
  • AIR juga menyelaraskan suhu badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran
  • minum AIR sebanyak 2 hingga ke 6 liter sehari dapat menurunkan berat badan dalam seminggu sebanyak 2-3kg seminggu *jika diamalkan setiap hari dengan cara pemakanan yang betul.
  • AIR juga melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel
  • AIR juga membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan. Jika ia terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan

selamat beramal semua  ^_^

Saturday, December 7, 2013

6 Fakta Sejarah KFC Yang Jarang Kita Ketahui

Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.

Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada
tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan "Kentuck Colonel".

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.

Sumber :

Wednesday, December 4, 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT

Khasiat dan kebaikan kunyit
Assalamualaikum guys... Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?

Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

Kelebihan dan kebaikan KUNYIT
  • Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.
  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2.
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
  • Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid.
  • Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan.
  • Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang..
Cara membuat jus KUNYIT
  • Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
  • Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..
Nota
Kebaikan kunyit jika dimakan buat ulam atau minuman memang sangat baik untuk mereka yang mengalami penyakit KANSER. Selain daun belalai gajah, Daun tujuh bilah dan banyak lagi herba2 lain, KUNYIT juga harus diamalkan sekali. Buatkan jus atau makan mentah atau lebihkan kunyit dalam masakan.

P.S. Orang perempuan juga ada minum jus kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Kita yang tidak sakit pun cubalah mengamalkan memakan unyit dengan kuantiti yang sederhana agar sihat sejahtera. Lebihkan kunyit dalam masakan yang menggunakan bahan ini. Selamat menjaga kesihatan...