Pages

Monday, December 9, 2013

Kehidupan Adik Presiden Amerika Yang Sebenar


Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.

Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.

George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis. sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih. 'Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai bapa kulit putih di kampung saya. Saya mahu menjadi sama seperti kanak-kanak kulit hitam yang lain,"katanya.

George mula minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah. 

Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika. 

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah - Daily Mail