Pages

Saturday, June 30, 2012

Mengapa Kita Menguap Apabila Mengantuk?

menguap
Menguap Memang Seronok

Sebenarnya, sehingga kini belum ada jawapan tepat mengapa manusia atau binatang menguap. Apa yang kita ketahui sekadar bahawa manusia atau binatang menguap kerana letih atau bosan. Tetapi tidak ada bukti kuat yang mendukung tanggapan ini.

Namun ada penjelasan yang lebih masuk akal tentang hal ini. Kita menguap kerana kandungan oksigen dalam paru-paru kita sudah berkurang. Kajian menunjukkan bahawa pada saat kita bernafas secara normal, kita tidak menggunakan paru-paru secara sepenuhnya.

Di dalam paru-paru ada organ yang dinamakan alveoli, atau kantung udara. Alveoli ini berfungsi untuk mengalirkan oksigen ke dalam darah dan menyedut karbon dioksida untuk kemudian dikeluarkan.

binatang menguap
Binatang juga menguap

Jika alveoli tidak mendapatkan udara segar, ia akan kempis dan paru-paru agak mengeras. Otak kemudian segera menghantar isyarat untuk mengarahkan mulut menguap dan menarik udara (oksigen).


Sebab bagaimana janin dalam kandungan menguap juga masih belum diketahui

Tetapi aspek-aspek tertentu dari menguap tetap merupakan misteri. Janin di dalam rahim, contohnya, juga menguap. Namum belum diketahui apakah sememangnya janin menarik oksigen melalui paru-parunya. 

Menguap juga adalah merupakan sejenis gejala sklerosis dengan sebab-sebab yang belum diketahui.
sumber

Rahsia Gerakan Michael Jackson Didedahkan

moon walk


Pasti semua pernah melihat bagaimana Michael Jackson melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya beliau telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatentkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh dilihat melalui Google Patents.

Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak yang unik dan ia akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti graviti tersebut. Oh, sekarang barulah admin tahu macam mana MJ melakukan gerakan yang boleh dikatakan amat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.


Cara Yang Betul Untuk Buang Pacat Dari Anggota Badan

cara, tips, pacat, buang, badan, hisap darah, gigit, halus

GIGITAN pacat perkara biasa jika anda memasuki hutan hujan di Asia Tenggara, Afrika dan Madagascar. Tidak seperti hidupan sama di bahagian lain dunia, pacat hutan hujan hidup dalam suasana daun kering dan tumbuhan terutama di lantai hutan.

Ia mencari makanan iaitu darah hidupan berdarah panas termasuk manusia berdasarkan bau dan getaran bunyi yang terhasil daripada pergerakan. Di kawasan tertentu, anda akan dapat lihat hidupan ini bergerak ke arah badan manusia selepas beberapa ketika. Pacat darat sangat halus tetapi boleh membesar sehingga 10 kali daripada saiz asal selepas menghisap darah.

Cara paling mudah untuk mengelak gigitan pacat dengan memakai stokin atau seluar panjang menutupi bahagian bawah badan. Anda boleh melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak. Jangan terlalu takut terhadap hidupan ini kerana ia tidak menyebarkan jangkitan dan hanya menyebabkan kecederaan kecil. Anda tidak akan terasa digigit kerana ia menyebarkan anestetik apabila ia menghisap darah.

Namun, untuk mereka yang memiliki kulit putih gebu atau manja (sensitif), gigitan pacat turut memberi kesan apabila meninggalkan kesan parut yang ketara.


Cara betul untuk alih pacat 


  • Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
  • Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
  • Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
  • Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
  • Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
  • Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.
sumber

Friday, June 29, 2012

Amerika Syarikat Haramkan Penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1


SAN FRANCISCO : Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple. Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad. Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.Bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet. 


Perbicaraan kes dijadualkan bermula di California pada 30 Julai ini. Apple perlu membayar bon AS$2.6 juta bagi memfailkan injunksi yang dipohon Mei lalu, untuk membayar pampasan jika pengharaman itu difikirkan tidak perlu. Menurut Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh, walaupun Samsung mempunyai hak untuk bersaing, namun ia tidak ada hak untuk bersaing secara tidak sihat dengan melanggar peraturan produk di pasaran. Hakim sebelum ini menafikan rayuan Apple bagi memohon injunksi ke atas tablet Galaxy dan telefon pintarnya tetapi meminta mahkamah persekutuan untuk menimbang semula permintaan Apple.

Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati?


Fakta Ringkas:

* Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat (yang kini dijajah makhluk paling laknat, Israel).


* Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

* Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m.

* Disebabkan kedudukannya yang rendah itu, air Laut Mati tidak dapat mengalir ke mana-mana. Sebab itu ia dipanggil Laut mati. Tambahan pula, setiap hari sekitar 7 juta tan air Laut Mati menguap ke udara, menjadikan air laut ini bertambah masin.


* Airnya mempunyai kemasinan ke-2 tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 9 kali lebih masin dari laut biasa!

* Bandingkan pula dengan kadar garam di dalam tubuh kita yang hanya 1-2%. Maka tak hairanlah kita akan terapung ketika berenang di Laut Mati.
sumber

Cara Bezakan Ais Dari Air Mentah Dan Air Masak


Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak :


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar




Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Thursday, June 28, 2012

Rahsia Zat Didalam Ais


Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.