GEORGETOWN: Seorang wanita berusia 50-an yang sudah bercucu, layaknya
digelar ‘nenek gengster’ apabila tergamak membelasah seorang warga emas
sehingga mangsa retak tulang rusuk kerana masalah hutang dalam kejadian
di Bandar Baru Farlim, Air itam, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu, mangsa, seorang wanita
berusia 68 tahun dari Bukit Mertajam, datang ke rumah nenek itu untuk
menuntut hutang sebanyak RM3,600 yang tertunggak sejak beberapa tahun
lalu.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan, ketika kejadian, nenek
itu berada bersama seorang cucu perempuannya berusia 29 tahun dalam
rumah dan berlaku pertengkaran antara dua beranak itu dengan mangsa.
Menurutnya, apabila nenek itu masih enggan membayar hutang, mangsa yang kecewa bertindak menyimbah cat di depan rumahnya.
“Berikutan itu, suspek berang lalu menerkam dan memukul mangsa dengan
teruk.Apabila mangsa lemah, tangannya diikat bagi mengelaknya melawan.
p/s : wahhh...nenek! boleh masuk WWE nih...
hmetro...