Pages

Monday, May 21, 2012

5 Anggota Polis Cedera Rempuh Pagar Kompleks Seri Perdana

anggota polisrempuh pagar pm, anggota polis rempuh pagar perdana menteri, anggota polis rempuh pagar kompleks seri perdana, anggota polis cedera parah langgar pagar kompleks seri perdana, anggota polis cedera parah langgar pagar perdana menteri

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. - SinarHarian

Gurauan Bodoh Bawa Padah

Gurauan Bodoh Bawa Padah , suami isteri gurau bodoh, anak terperangkap dalam mesin basuh 5 minit, anak masuk dalam mesin basuh automatik 5 minit, ibu bapa gurau bodoh, suami isteri gurau bodoh, suami isteri bawa padah gurau bodoh
Rakaman menunjukkan budak itu berjaya diselamatkan dan hanya mengalami 

luka kecil.

WASHINGTON - Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama lima minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain.

Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26,000 pengguna Internet setakat ini. - SinarHarian


p/s-Agak-agak Lepas nie mereka test dekat mesin basuh rumah mereka pula

Babi Hutan Masuk Kafe Siber !

Babi Betina Masuk Kafe Siber, babi main facebook, babi main internet, babi sondol kafe siber, babi serang kafe siber, babi serang orang, orang bertempiaran lari, babi masuk kafe siber, babi ditangkap masuk kafe siber, babi hutan
Orang ramai menunjukkan babi hutan yang menceroboh premis kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh, Muar semalam.

MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan SEOrang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan. - Kosmo

p/s-babi hutan pun nak main Counter Strike Juga

Jom Jaga Mata

 Salam.Tadi masa duk sibuk main internet,sy terbuka lah satu laman web yang memang cukup popular dah sy rase..Thanks To PETUA SEHARIAN..Sy dapat Tip nie dari laman web nie lah..Check It out

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja, terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.

Petua Menjaga Kesihatan Mata

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:-

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah ¦jangan sampai naik angin dah la ye. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa hehe..

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dsb.


5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda hehe, faham-faham sendirilah ye.

Sunday, May 20, 2012

Design dapur yang unik dan cantik

Assalamualaikum

Tadi borak2 dgn kawan pasal harga rumah yang makin mahal. *cakap mcm nak beli rumah kan. haha. lepastu terfikir pasal design dalam rumah. jom tgok design dapur yang sangat menarik.


sumber : kitchenisms
semua cantik. tp yang paling aku suka yang warna hijau tu. nampak kemas dan bersih serta tenang. korang pilih yg mana?
 

Saturday, May 19, 2012

Penganut Kristian Filipina Berhimpun Bantah Konsert Lady Gaga

Kira-kira 70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert Lady Gaga dibatalkan.

Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.

Menurutnya, pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan.

Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.

Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.

Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam.

Sumber

Saintis akui tidur cara nabi adalah terbaik


Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

Berwuduklah sebelum tidur

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Jangan tidur atas pokok

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.