Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh
penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah
putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat
mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang
sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.
Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Adakah ianya Malaikat? atau jin? Wallahu a'lam. Mereka membantu ahlu
sunnah yang ditindas puak Syiah baalawi (Syiah Alawi atau Syiah
Alawiyyah - علوية) di Syria manakala bantuan Allah tetap bersama.
Penderitaan dan dugaan yang berat oleh rakyat Syria ahlu sunnah wal
jamaah ini adalah sebagai ujian Allah. Manakala bantuan ghaib dari Allah
hanyalah sebagai meredakan hati-hati orang yang beriman.
Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok
video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di
penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam
Video satu adalah video asal yang tidak diubahsuai/edit.
Video di bawah pula di'edit' dengan menghentikan scene lelaki jubah putih tersebut. Entah muncul dari mana, kemudian ghaib.
ياسبحان الله ملك من الملائكه يمر امام
الاعداء النظام الفاسد مع اطلاق نار كثيف واشتباك بين المتظاهرين وجيش
الشبيحه بسوريا لابس زي ابيض ليسحب ويحمل الشهيد ويسلمه لأصحابه/ من ذوووق
ولد حلي حموده المزيوني
Sunita Williams
HEBUH di dunia maya atau internet, ramai memperkatakan, ‘Sunita
Williams’ masuk Islam setelah melihat kota Mekah & Madinah dari
bulan atau angkasa lepas? Benarkah?
Banyak berita melalui emai dilengkapi foto Mekah dan Madinah dari
luar angkasa, ditemui. Samada benar atau tidak masih belum jelas lagi.
Tetapi beginilah beritanya…
Satu: Sebuah kenyatan..
[As-salmu'alaikum!
An important message to all Muslim brothers and sisters : Sunita
Williams (First Indian woman who went on a space journey few months
back) accepted "ISLAM" Masha Allah, bcoz when they were on the moon,
they saw towards EARTH, the entire EARTH looked dark, but 2 places on
the EARTH GLITERED & looked like SPARKS (Roshni). They were shocked
to see that and saw them with the help of telescope and came to know
that those two places were "MAKKAH" and "MADINAH" Masya Allah !. Then
they decided that after reaching to earth they'll accept "ISLAM". Thats y
they reached safely following this glitering light. So be proud to a
muslim and forward it to all like fire. Allah Hafiz...!
(Sebuah pesan penting untuk seluruh saudara muslim dam muslimah :
Sunita Williams (Wanita Indian Pertama yang pergi ke luar angkasa untuk
beberapa bulan telah kembali) menerima "ISLAM " kerana ketika mereka ke
bulan, mereka melihat ke bumi, dan nampak semua wajah bumi kelihatan
sangat gelap (hitam), tetapi ada 2 tempat di bumi yang bersinar dan
terlihat seperti berkilauan.
Mereka kagum melihat hal itu, mereka ingin melihat lebih jelas dengan
batuan teleskop dan mengetahui bahawa kedua tempat tersebut adalah
Mekah & Madinah. Mereka memutuskan setelah mereka tiba di bumi
mereka akan menerima Islam. Itulah alasan kenapa mereka dapat kembali ke
bumi dengan selamat, kerana mengikuti arah sinar dari tempat tersebut.
Maka berbanggalah menjadi seorang muslim.]
Dua:
Sebuah postingan seorang penulis berjudul “Kesaksian Sunita Williams:
Mekah dan Madinah Nampak Terang Dari Luar Angkasa”. Dilengkapi foto
kota Makkah dan Madinah dari luar angakasa. Berikut kutipannya..
Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian
kecil bumi yang nampak terang iaitu Mekah dan Madinah. Sunita William,
seorang astronaut pertama India yang pada 2 Julai 2007 berada di angkasa
luar, mengatakan bahawa dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti
kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop ada 2
tempat yang sangat berbeda, iaitu Mekah dan Madinah. Kedua tempat itu
nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi.
Masa Allah, Allah Maha Besar. Tiga: Foto Kota Madinah kota Makkah
(Sebelah kiri adalah kota Madinah dan kanan adalah kota Mekah, Saudi Arabia)
Empat:
Selain itu, fenomena lain yang ditangkap adalah ketika gelombang
suara dari bumi tidak mampu merembat luar angkasa, dan ternyata dapat
menangkap suara Adzan. Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu
jalan dari Allah SWT untuk menunjukkan sudut-sudut kebenaran kepada ahli
astronomi atau atronout itu?. Dikhabarkan setelah peristiwa ini, Sunita
Williams secara spontan memeluk agama Islam. Allahu Akbar.
Sunita Williams sendiri adalah seorang astronot kelahiran Ohio pada
19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin
dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA. Sebagai
astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa
untuk wanita: Berada diluar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di
luar angkasa (29 jam, 17 minit).
ADA peniaga mahu berjimat menggunakan minyak masak berulang kali tanpa mempedulikan kesan sampingan kepada pelanggan.
SERDANG
– Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak
masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada
pembeli.
Pengarah
Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti
Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata,
penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang
berbahaya kepada kesihatan.
Menurutnya,
kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan
apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian
biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.
“Penyelidik
kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga
tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan
minyak masak baharu.
“Minyak
yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan
penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar
Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.
Pelakon
Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam
pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam
sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita
mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum
itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu
berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat
selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis
popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya,
kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat
diangkat. Mahu tak mahu, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon
keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. sumber
anggota bomba dan penyelamat menurunkan mayat lelaki yang ditemui dalam tangki air di Taman Sri Titingan, Tawau kelmarin.
TAWAU
– Misteri air berbau busuk yang membelenggu penduduk di Taman Sri
Titingan dekat sini sejak seminggu lalu terbongkar dengan penemuan satu
mayat lelaki di dalam sebuah tangki air di taman itu kelmarin.
Mayat
lelaki yang mereput itu ditemui oleh pekerja penyelenggara tangki air
di taman itu ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan tangki pada
pukul 8.30 pagi.
Difahamkan, ketika ditemui, mayat itu dalam keadaan bogel dan terapung selepas dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu.
Seorang
penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 34, berkata, dia
mencurigai kebersihan air di tangki rumahnya selepas terhidu air itu
berbau busuk sejak beberapa hari lalu.
Sejak hari itu, katanya, dia langsung tidak menggunakan air tangki di rumahnya dan sanggup membeli air yang dibeli dari kedai.
“Dalam
tempoh itu, kami memaklumkan masalah air busuk kepada pihak pengurusan
air sebelum pekerja-pekerjanya menemui mayat di dalam salah sebuah
daripada sembilan buah tangki air di taman itu,” kata Osman ketika
ditemui di sini. sumber
Kehadiran
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga
Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh
sebahagian hadirin.
Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.
Sorakan
slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya
dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.
"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di lamanYoutube.
Rayuan Najib itu disambut oleh SEOrang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.
"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.
Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.
"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.
Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.
Acara
yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota
tersebut.
Program
berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat
Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana
menteri.
Sementara
itu, Bernama melaporkan bahawa sebahagian besar ucapan Najib kepada
warga Malaysia yang menghadiri majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri"
yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London,
adalah mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara
demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.
Najib
berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi
menyokong dan menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah
pilihan rakyat.
“Rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan itu. Kita telah membuktikannya.
Anda tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika
diadakan juga, tidak dapat tidak akan timbul masalah, akan berlaku
pertelagahan," katanya jelas merujuk kepada demonstrasi Bersih 3.0 di
Kuala Lumpur bulan lepas.
Najib
berkata seseorang itu mempunyai hak untuk menyokong kerajaan atau
pembangkang tetapi "anda harus melakukannya mengikut lunas undang-undang
yang ada".
“Jika
anda tidak hiraukan peraturan undang-undang, akan berlaku anarki dalam
negara. Tidak harus berlaku anarki di negara kita. Kita boleh terima
pertentangan pendapat dam pandangan tapi saya tidak akan hormati jika
anda melanggar undang-undang negara. Itulah satu-satunya perlindungan
yang kita ada untuk masa depan rakyat Malaysia," katanya.
Perdana
menteri menarik perhatian bahawa telah terbukti sejumlah 100,000 orang
boleh berkumpul di sebuah stadium, dan melakukannya dengan begitu aman
sekali, merujuk jelas kepada perhimpunan besar-besaran yang diadakan di
Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno
pada 11 Mei.
“Itulah
caranya yang betul. Jika Bersih mahu mengadakan perjumpaan, kita boleh
berikan mereka stadium yang sama, dan kita akan pastikan keamanan dan
keselamatannya. Tiada siapa yang akan dicederakan dan itulah cara yang
sebenarnya bagi kita sebagai sebuah negara yang matang. Kita percayakan
demokrasi, tetapi demokrasi dengan tangungjawab."
Bernama
melaporkan ada dua tiga orang yang berbuat bising dalam kalangan audien
itu, membuatkan perdana menteri berkata "ini bukan adab orang Malaysia
dan tidak sopan untuk mengganggu", bagaimanapun hadirin yang lain amat
tekun mendengar ucapan beliau.
“Saya
bangga semua rakyat Malaysia patuh kepada undang-undang dan menghormati
orang lain sebab itu anda harus bersuara. Anda harus bersuara terhadap
mereka yang menyalahguna kedudukan mereka. {Jika) anda kumpulan
minoriti, jangan paksakan pandangan anda terhadap kumpulan majoriti,"
tegas beliau.
Katanya
beliau percaya jauh lebih baik ialah untuk bertindak bijak, mematuhi
undang-undang dan bila tiba masanya, akan ada peluang untuk membuat
keputusan sebagai warga Malaysia.
Najib,
yang memberitahu audien mengenai pelbagai perubahan signifikan yang
dilakukan kerajaan dari segi ekonomi, pendidikan dan beberapa
undang-undang keselamatan, menekankan bahawa kerajaan mahu menjadi
sebuah kerajaan yang mewakili perasaan rakyat Malaysia.
“Kami
mahu terlibat dengan rakyat Malaysia, untuk melakukan apa yang terbaik
untuk rakyat Malaysia, dan itulah komitmen saya sebagai perdana menteri
Malaysia," katanya disambut dengan tepukan gemuruh.
Beliau
mengulangi bahawa era "kerajaan yang lebih tahu, sudah berakhir". "Kami
perlu mendengarkan rakyat, dan ini yang dilakukan kerajaan sekarang,
mendengar suara rakyat".
Najib
berkata kerajaan melakukan yang terbaik untuk merubah Malaysia menjadi
sebuah negara yang benar-benar maju menjelang 2020 melalui pelbagai
program transformasi ekonomi dan program transformasi kerajaan.
Malah,
katanya, kini adalah saat yang amat penting dalam sejarah Malaysia
kerana inilah kali pertama ia memulakan transformasi besar-besaran
Malaysia secara menyeluruh, bukan hanya dari segi ekonomi tetapi juga
dari segi sosial dan politik, untuk mencapai status sebuah negara maju
sepenuhnya dalam tahun 2020.
"Kita
boleh melakukannya dan saya percaya sebagai rakyat Malaysia, kita semua
komited menuju ke arah menjadi sebuah negara maju. Saya berharap anda
semua bersedia menyertai saya dalam perjalanan ini kerana kereta api
sudah berlepas dari stesennya dan saya mahukan semua rakyat Malaysia
menaiki tren ini supaya kita mempunyai segala sebab dan setiap peluang
untuk mencapai matlamat kita menjadi sebuah negara maju," katanya.
Turut
hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri
Zakaria Sulong, yang menganjurkan majlis itu, dan isteri Datin Seri
Hazizah Ahmad.
Najib
dan Rosmah tiba pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari ke United
Kingdom. Perdana menteri menerima jemputan Putera Wales, Putera Charles,
untuk menghadiri majlis resepsi sempena penganugerahan Carter Diraja
kepada Pusat Pengajian Islam Oxford.
Ramallah
– Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar
menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan
tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain
mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.
Israel
kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin
dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran,
kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.
Nasib
tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin
kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah
dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama
itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.
Beribu-ribu
lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang
bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera
Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar.
Di
Gaza, penduduk Palestin menjerit ‘Allahu Akbar’ dan ‘Alhamdulillah’
menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan
dan pihak berkuasa penjara Israel.
Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur. Perjanjian
itu menamarkan salah satu bantahan terbesar tahanan Palestin apabila
dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan
selama 77 hari, mogok lapar paling lama.
Selain
itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan
tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung
selama 27 hari.
“Tahanan
membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada
mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza,
Fawzi Barhoum.
Kemeriahan
juga dibantu sambutan ‘Nakba’. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk
Palestin mengingati ‘malapetaka’ apabila beratus ribu lari atau diusir
dari kediaman oleh pengganas Israel.
Siren
kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari
menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama
satu minit menjelang perarakan besar di ‘Clock Square.’
Di
seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar
satu kunci dan perkataan ‘kembali’ dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk
mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan
kini menjadi sebahagian Israel.– AFP