Pages

Wednesday, May 9, 2012

CIRI - CIRI ISTERI DERHAKA


Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”.

Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:

“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”

(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya.

Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”

(Riwayat Muslim)

Ibnu Asakir pula menyebut:

“Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”


2. Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.”

(Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5. Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.”

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Antara Punca Orang Sekarang Lambat Kahwin??

 AKAD NIkah adalah perkara yang wajib dalam perkahwinan bukannya barang hantaran. - Gambar hiasan

PADA musim cuti sekolah dan cuti perayaan, perkara yang paling banyak diadakan adalah majlis perkahwinan. Pada masa inilah juga katerer mendapat rezeki melimpah ruah, maklumlah kenduri kahwin bukan kecil-kecilan.
Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah.
Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad, ada yang pakai emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke majlis perkahwinan. Ke mana pergi adat budaya kita?
Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan.
Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persedian hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah.
Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus?
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang.
Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?

end typing
Pernikahan adalah akad yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin dengan seorang perempuan dan sebaliknya.
Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku". (riwayat Ibnu Majah)
Perkahwinan menjadi fardu jika seseorang itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin.
Perkahwinan adalah sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika berkahwin.
Pernikahan adalah makruh bagi sesaorang yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan seks.
Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya.
Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.
Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal.
Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana ia berlandaskan syarak.
Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad nikahkan.
Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan.
Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.
Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi.
Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan.
Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat.
Tentunya ramai yang berkata "tidak mungkin" kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).
Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran.
Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.
Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000.
Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi.
Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. (Utusan Malaysia melaporkan statistik perceraian yang meningkat dan dan 20peratus yang bercerai baru berkahwin lima tahun.)
Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal.
Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi.
Umur minimum tamat ijazah pertama universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21 tahun. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang.
Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.
Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.
Memang kos perkahwinan telah naik tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran kepada melihat anak berumahtangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan rumahtangganya tanpa riba. Tepuk dada tanya selera.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber

Monday, May 7, 2012

GAMBAR-GAMBAR PENHINAAN KE ATAS ISLAM

Bangsat kafir laknatullah tak henti-henti dari zaman dahulu sehingga kini dengki dan khianat dan menghina agama Islam yang suci dan mulia. Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w bukanlah satu isu yang baru kerana sejak Baginda s.a.w. diutuskan menjadi utusan Allah s.w.t. lagi, Baginda s.a.w. telah dihina oleh para kafir Quraisy dengan pelbagai cemuhan dan tohmahan. Umat Islam pada ketika itu hanya mampu bersabar dengan cemuhan tersebut kerana mereka masih lagi lemah namun dalam masa yang sama, mereka membenci perbuatan tersebut dalam diri mereka.

Pelbagai cara dan taktik digunakan untuk menghina Islam secara terang-terangan atau secara halus tanpa disedari oleh umat Islam. Sakit hati sebagai orang Islam melihat agama sendiri dihina melalui gambar-gambar yang dikutip dari internet. Walaupunpun dihina, kita masih bersabar dan berdoa kepada Allah swt supaya mereka dilaknati melalui bala-bala. Allah swt sahaja yang tahu yang kita tidak ketahui. Seperti taufan, banjir besar, kebakaran dan penyakit yang tidak ada penawarnya.

Kita tak hairan sebab beginilah sifat kafir laknatullah dari sejak turun temurun mendendam agama Islam yang melihat Islam mengancam ugama mereka. Dari hari ke hari di benua Eropah, banyak yang memeluk agama Islam selepas tidak ada jalan keluar dalam penyelesaian mencari arah hidup dari agama mereka dan mendapat ketenangan selepas memeluk agama Islam.

Tapi yang mendukacitakan ada kalangan orang-orang Islam yang sanggup menghina agama sendiri dan bangsa sendiri kerana kurang keimanan dan terpengaruh dengan kawan-kawan Nasrani dan Yahudi yang senantiasa memesong akidah serta menyesatkan melalui media-media elektronik secara terang-terangan dan secara halus tanpa disedari.

Lagi satu, penggunaan kalimah ALLAH dikalangan masyarakat Kristian, khususnya masyarakat yang hidup di dalam sebuah negara ISLAM, tidak dapat tidak pasti menyentuh perasaan umat ISLAM, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Tetapi kenapa pula tiba-tiba sahaja ingin bertukar angin pula? Mungkinkan ini merupakan satu agenda untuk mengacau bilaukan dan memecahkan perpaduan umat-umat Islam. Janganlah kerana untuk memenangi kuasa politik, kita sanggup korbankan maruah kita dan berkompromi dengan bersetuju pandangan mereka. Sama-samalah kita renung-renungkan.....

LAGI-LAGI GAMBAR MENGHINA ISLAM:-

gambar orang islam sedang solat di pijak orang yahudi dan paderi kristian

Ayat Al-Quran pada tisu tandas. gambar ini menggunakan fotoshop.

gambar mepermainkan nama ALLAH

Nik Azik yang di fotoshop

Wanita barat sedang membuang air besar atas Kaabah

Poster membakar naskah Al-Quran

Menghina Rasulullah dan Islam

Pakaian terdedah dengan ayat suci dihadapan.

kasut wanita dengan tulisan ayat suci.

Naskah Al-Quran yang di lukis salib kristian
Take beeer atau takbir

Al-Quran dijadikan sasaran latihan menembak

Al-Quran di jadikan sebagai makanan khinzir

Orang solat berjemaah sambil di liwat oleh haiwan


Sebagai tempat buang air kecil... Wanita bertudung..serupa paderi wanita juga.

Kitab Surah Yassin di dalam mangkuk tandas





Ayat suci ditatto di badan wanita kafir.

Patung mainan yang menyakit hati..orang Islam.

orang islam solat berjemaah sembah wanita

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di bawah ini.

Sumber

5 rahsia kenali wanita melalui bantal

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.  

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Sumber

Abu Hurairah: Peperangan di akhir zaman


Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib.
Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
“Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman.” Maka orang-orang berkata : “Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik.” Maka beliau pun berkata :
“Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama ‘hirr’ (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus.”

Hitler telah mencetuskan Perang Dunia Ke-2

“Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai ’syuja’ ul arab’ (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan.

ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu – lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”

“Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga… akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra’ dan Mi’raj dekat gunung Mageddon.
Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.


Albert Einstein: "Saya tidak tahu dengan senjata apa yang akan digunakan pada Perang Dunia ke 3 tetapi saya tahu pada Perang Dunia ke 4, orang akan berperang dengan batu dan batang kayu."
Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (…) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran.”{2}
Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan – Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad… yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan – Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama ‘hirr’ (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri… dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan – Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga… bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}



CATATAN; PENYEMBAHAN LEMBU BETINA

 
Penyembahan lembu betina sebenarnya adalah hasil pemikiran lama warisan kelompok masyarakat  primitif yang disebut 'totem'. Ini adalah semacam penyembahan pada thaghut, yakni penyembahan yang dilakukan manusia primitif pada tuhan yang berupa binatang atau tumbuh-tumbuhan, kerana diduga bahawa antara manusia, binatang, atau tumbuh-tumbuhanada tali persaudaraan dan hubungan keakrabatan. 
Totem sendiri diakui sebagai sesuatu yang suci dan najis sekaligus. Tuhan totem dipelihara dan dijaga oleh ajaran tabu. Di antara yang dianggap tabu adalah bahawa ahram hukumnya membunuh haiwan dan tumbuh-tumbuhanatau memakan dagingnya. Itulah pertumbuhan keyakinan tabu berkenaan dengan makanan.
Pemikiran ehwal tabu memakan daging binatang dan tetumbuhan telah lama berakar apda sebahagian masyarakat di dunia. lembu betina menjadi tabu bagi orang india yang beragama Hindu, dan babi menjadi tabu untuk di makan bagi orang-orang yahudi. 
Lihat buku 'Al-Yahudiyyah fi al-Aaqidah wa at-Tarikh' karya 'Isamuddin Hifni Nasif, hlm. 16-17.
Seoarang filsuf besar, Will durant, pernah mengatakan;
"Pada hakikatnya, anda akan menemukan bahawa segala khurafat, tahyul atau tradisi lama, sentiasa berhubungan dengan perikehidupan manusia modern sekarang. Sesungguhnya peradaban adalah karya segelintir orang yang membangunnyasecara bertahap dan perlahan-lahan disertai kesabaran dalam mengumpulkan bahan-bahannya dari perikehidupan yang penuh kemewahan. Sementara itu, kebanyakkan orang, meskipun telah berlalu seribu tahun, tidak memperlihat suatu perubahan yang bererti.' lihat 'Story of Civilization', jilid I, hlm. 103.
Oleh kerana itu, Islam sangat tegas mengharamkan pembuatan dan penempatan dirumah-rumah atau di pelbagai tempat. Perilaku mengagungkan patung, di samping mengundang kehadiran syaitan dan mmengusir Malaikat, kerap mengundang orang untuk mengagungkan dan membesarkan sesuatu yang melahirkan fitnah.
Tidak seorang pun dapat mengatakan bahawa peradaban manusia telah mencapai sesuatu batas kemajuan yang tinggi kerana semua akal manusia memperkenankan adanya penyucian atas berhala. Kita lihat orang-orang hindu di India menyembah lembu betina. ( Lembu adalah sebahagian dari sesembahan orang-orang Hindu yang selama bepuluh-puluh tahun, bahkan berabad-abad, tidak pernah lenyap untuk disucikan dan di sembah). Dalam kitab 'Samaveda', salah satu bahagian dari 'Weda' kitab suci orang Hindu, terdapat semacam ibadah berupa nyanyian yang berjudul "Sembahyang kepada lembu betina". Jika diterjemahkan, nyanyian itu akan berbunyi:
'Wahai lembu betina suci, bagimu pemujaan, kemuliaan, dan doa pada setiap penampilanmu. Engkau edarkan dan bahagi-bahagikan susu waktu fajar menyingsing dan ketika malam gelap gelita.Atau,engkau lahirkan anak lembu(betina atau jantan).Kami akan menyiapkan bagimu tempat luas,suci,dan layak bagimu.Kami juga akan menyediakan air jernih yang boleh engkau minum.Wahai lembu betina ,semoga engkau berkenan menyebarkan nikmat penuh kebahagiaan di antara kami."

Ada sebuah hikayat yang mengisahkan percakapan antara seekor babi dengan seorang raja.Suatu hari,seekor babi pergi menemui seorang raja.Kebetulan ketika itu,ia sedang melakukan sembahyang di depan lembu betina,seraya mengisytiharkan lembu betina  itu sebagai sembahannya yang berpengaruh atas  dirinya.Berkatalah babi kepada sang raja:
 'Wahai raja,bila engkau akan menyembahkan aku?"
Tentu saja sang raja marah seraya membentak babi, lalu berkata:
"Keluarlah kamu! Jika tidak, maka aku akan membunuhmu!"
Mendengar perkataan sang raja, maka sang babi pun menangis, lalu berkata..
"Baiklah, ternyata engkau hanya mahu dan suka memakan dagingku saja. Aku mati untuk menyajikan kepadamu apa yang kamu suka. Tetapi, meskipun demikian, kamu hanya mahu menyembah lembu betina  dan tidak menyembah aku."
Rajapun menjawab:ditet
"Sungguh kamu bodoh, wahai babi. Aku mengambil dagingmu setelah kamu mati, yakni dalam keadaan kamu tidak dapat memberi apa-apa dan tidak pula dapat menolak apapun.Dagingmu akan segera habis termakan. Adapun lembu, ia dapat memberiku makanan dengan penuh ketaatan, tetapi ia tetap hidup. Demikianlah, selanjutnya, ia selalu menyajikan makanan dari hari ke hari tanpa habis-habisnya. Sungguh ia menjadi simbol al-ithar (altruisme). Atas dasar itulah aku menyembahnya. Diantaranya, ia berkata;
"Sesungguhnya, pengjagaan atas lembu betina, sebagaimana ditetapkan dan diwajibkanoleh agama Hindu, adalah hadiah dari orang-orang hindu bagi dunia. Hal itu juga merupakan pancaran adanya rasa persaudaraan antara manusia dan haiwan. dalam pemikiran orang-orang hindu, diyakini bahawa lembu betina adalah ibu manusia. Memang demikian menurut hakikatnya. ketika saya melihat seekor lembu betina, saya tidak menganggap bahawa saya melihat seekor haiwan, kerana saya menyembah lembu betina dan akan terus berusaha menyembahnya di hadapan alam semuanya. Bahkan, keibuan lembu betina melebihi peranan ibu yang sebenarnya jika ditinjau berbagai segi. Pertama, ibu yang sesungguhnya hanya menyusui kita selama satu atau dua tahun, tetapi ia menuntut khidmat dari kita  sepanjang umur sebagai balasan atas jasanya itu. Sementara itu, ibu kita lembu betina memberi susu kepada kita untuk selamanya dan ia tidak meminta apapun dari kita selain makanan biasa saja. Kedua, jika ibu kita yang sesungguhnya sakit, maka kita perlu mengeluarkan banyak belanja untuk kesembuhannya. Jika ibu lembu betina sakit, kita tidak banyak mengeluarkan wang. Ketiga, jika ibu kita yang sesungguhnya mati, maka kita di tuntut untuk mengurusnya sampai selesai dan hal itu memerlukan banyak biaya. Sementara itu, jika ibu lembu betina mati, ia tetap memberi manfaat pada kita sebagaimana ia masih hidup, kerana kita dapat mengambil manfaat dari setiap bahagian jasadnya, termasuk tulang, kulit, dan bahkan tanduknya. Saya tidak mengatakan ini untuk menegaskan  betapa kecil peranan ibu yang sesungguhnya, tetapi saya ingin menjelaskan sebab-sebab saya menyembah lembu betina, dan saya mengaku sebagai bahagian dari mereka. "

Setiap Umat Ada Ujiannya

Hadtih:
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. ” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:
Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.
sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm

Kesimpulannya bersabarlah kita dengan setiap ujian yang menimpa kita dan terimalah ujian tersebut dengan seadannya..
Share this to All People

terbaikk!!!!