Pages

Sunday, March 4, 2012

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita


Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba dia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi sahaja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu dia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, dia terkejut dan terus terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Adakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Catatan Nabi Isa Ditemui

Gambar Kitab Injil Berusia 1500 Tahun 

Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Catatan Nabi Isa telah Ditemui. Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Misteri Bangkai Raksasa Terdampar Di Pantai Langkawi

Satu bangkai raksasa seperti gajah purbakala telah dijumpai terdampar di sebuah pantai. Nampak macam buaya gergasi pun ada juga. Mungkin juga bangkai ikan paus. Tapi kita boleh menilainya sendiri. Kita boleh tengok gambar bangkai raksasa ni di bawah. 






Semua manusia sepanjang zaman yang jasadnya telah hancur musnah akan dibangkitkan kembali ketika tiupan sangkakala kedua dan semua akan dihimpunkan di Padang Masyar. Maka, mahkamah akhirat pun bermula. Apakah nasib kita? Apa yang telah kita bawa? Renung-renungkanlah.

Top 10 : Orang Terkaya Di dunia 2011/2012

Majalah Forbes yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan nama manusia yang terkaya di dunia pada bulan mac 2011. Kekayaan ini ditentukan oleh nilai kekayaan dan juga nilai asset yang dimiliki oleh manusia tersebut. Kebanyakan orang kaya yang disenaraikan oleh Forbes adalah muka lama yang selama ini mendominasi carta lelaki terkaya. Disini saya akan memuatkan 10 manusia yang terkaya diatas muka bumi pada tahun 2011.

10. Mukes Ambani

Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children

9. Eike Batista


Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children

8. Amancio Ortega


Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children

7. Lakhsmi Mittal


Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children

6. Lawrence Ellison


Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children

5. Bernard Arnault

Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children

4. Warren Buffett


Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children

3. Bill Gates


Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children

2. Carlos Slim Helu


Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children

1. Orang Yang Solat


Rasulullah s.a.w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). 

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Deo Senjata Baharu


AKSI lincah Deo (kiri) ketika menentang Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

TIDAK sampai lima jam selepas menjejakkan kaki ke bumi Terengganu, penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Deo sudah menjadi idola peminat bola sepak negeri itu.

Semuanya gara-gara aksi menakjubkan yang dipamerkan pemain berusia 26 tahun itu apabila meledak hatrik ketika membantu Terengganu membelasah Perlis 6-0 pada aksi persahabatan kelmarin.

Deo yang sebelum ini bermain untuk kelab Al-Ahly dalam Liga Mesir, tiba di Terengganu kira-kira pukul 4 petang kelmarin untuk diuji dalam usaha memantapkan skuad Penyu bagi menghadapi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selain mewakili Al-Ahly, Deo juga pernah menyarung jersi New York Red Bulls dan Minnesota Thunder sebelum berhijrah ke DC United dalam Liga Bola Sepak Major Amaerika (MLS).

Ketua jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berkata, beliau sendiri terkejut dengan aksi memberangsangkan yang disajikan Deo sekalipun baharu tiba di Terengganu beberapa jam sebelum perlawanan berlangsung.

“Dia seolah-olah seperti sudah lama berada dalam pasukan apabila berjaya membentuk keserasian yang baik dengan pemain tempatan.

“Malah, Deo juga telah membuktikan keupayaannya selaku penyerang apabila meledak hatrik pada perlawanan itu,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Mat Zan menjelaskan, prestasi sebenar Deo hanya akan dipantau sepenuhnya apabila dia diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan, Sabtu ini.

“Kita sebenarnya akan mencuba beberapa lagi pemain import bagi menguatkan pasukan apabila kami beraksi dalam Piala AFC,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, cabaran Terengganu dalam Liga Malaysia (Liga-M) kini hanya diperkuatkan dengan seorang pemain import iaitu dari Gambia, Mohamadau Suamareh selepas pendaftaran bintang Brazil, Bercio Nunes Machado ditarik balik.

Namun katanya, untuk saingan Piala AFC, kuota bagi pemain import yang dibenarkan adalah tiga orang dengan tarikh akhir pendaftaran adalah pada Februari depan.

Wednesday, February 29, 2012

(Gambar) Penjara Paling Mewah Di Dunia

(Gambar) Penjara Paling Mewah Di Dunia



Salam sejahtera... Penjara Halden di Norway dianggap penjara paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka..


p/s: penjara ini serupa dengan hotel lima bintang. hebat!

Al-Quran DIbuang Begitu Sahaja!!!

Assalamualaikum... Al-Quran dibuang dengan begitu sahaja??? mari kita baca dan jadikan iktibar untuk umat Islam sekalian



JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

p/s: kenapa sampai tergamak melakukan perbuatan ini. Astagfirullah Alazim...