Pages

Wednesday, February 29, 2012

(Gambar) Penjara Paling Mewah Di Dunia

(Gambar) Penjara Paling Mewah Di Dunia



Salam sejahtera... Penjara Halden di Norway dianggap penjara paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka..


p/s: penjara ini serupa dengan hotel lima bintang. hebat!