Pages

Wednesday, December 21, 2011

(Soal Jawab)Hukum Melihat Aurat Lelaki





Soalan

Apakah hukum melihat aurat sesama Lelaki terutama ketika perlawanan bola?

Jawapan

Haram lelaki melihat aurat lelaki kerana hadis Nabi Muhammad menyatakan yang bermaksud:

"Dan Janganlah lelaki memandang aurat lelaki lain."




(Soal Jawab) Aurat Di Dalam Televisyen



Soalan

Apakah hukum melihat aurat perempuan di dalam televisyen ?Memandangkan perkara ini tidak dapat delakkan lagi walaupun ketika menonton berita???

Jawapan

Aurat seperti rambut pembaca berita televisyen menurut sebahagian sarjana Islam adalah makruh dilihat.Aurat seperti paha ataupun dada pula haram dilihat kerana yang pertama itu biasanya tidak membangkitkan syahwat sebagaimana aurat bahagian yang kedua.


Sebahagian lagi sarjana Islam pula mengatakan ianya tetap haram seperti melihat aurat-aurat yang berat.


(Soal Jawab)Waktu Luput Solat Sunat Duha



SOALAN

Bilakah luput waktu solat sunat duha???


Jawapan

Waktu solat sunat duha bermula apabila tinggi sedikit matahari di kaki langit sehingga waktu zawal(matahari condong ke barat).Tinggi sedikit yang dimaksudkan itu ialah sekitar jam 8.30 pagi dan maksud zawal pula ialah waktu zuhur sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis yang sahid.

Sekiranya menunaikan solat duha sebelum tinggi sedikit matahari ataupun selepas masuk waktu solat zohor ,maka tidak sah solat itu.

(Soal Jawab)Bercakap ketika Khutbah






SOALAN

Setiap kali sebelum khutbah Jumaat,bilal akan berkata,"Sesiapa yang berkata-kata semasa imam sedang berkhutbah,walau dengan perkataan diam sekalipun,maka sia-sia pahala Jumaatnya."Adakah benar orang yang bercakap tidak mendapat pahala Jumaat??

Jawapan

Ini mungkin kesilapan memahami maksud hadis ini.Berdasarkan hadis ini,pahala solat Jumaat tidak hilang dengan menegur orang lain yang membuat bising di dalam masjid.Malah,kita digalakkan menegur dan menasihati siapa sahaja yang membuat bising ataupun bermain-main ketika imam sedang berkhutbah.Sebaliknya ,maksud hadis ini adalah orang yang menegur kesilapan orang lain itu tidak akan mendapat pahala atas tegurannya itu sekiranya ia dilakukan ketika imam sedang berkhutbah...


 

(Soal Jawab)Meninggalkan Doa Qunut







SOALAN

Adakah doa qunut yang dibaca dalam solat subuh boleh ditinggalkan??



Jawapan

Membaca qunut pada solat subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafii.Oleh itu,sekiranya tidak dibaca,tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut.Sesiapa yang tertinggal membaca qunut,sunat melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam.Sekiranya sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh,solatnya tetap sah dan tidak berdosa..


Saturday, December 17, 2011

(Soal Jawab)Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat


Soalan

Apakah hukum menggerakkan jari semasa tahiyat?


Jawapan

Pandangan majoriti sarjana fikah ialah sunat memberi isyarat dengan jari telunjuk ketika mengucap kalimah syahadah dan tidak menggerak-gerakkannya.Hadis menyatakan Nabi Muhammad SAW memberi isyarat jari sahaja tanpa digerak-gerakkannya lebih kuat.

   Abdullah bin Zubair menyatakan ,Nabi Muhammad SAW memberi isyarat dengan jari sahaja dan tidak menggerak-gerakkannya.
  Al-Baihaqi menyatakan kemungkinan maksud hadis menggerakkannya itu ialah memberi isyarat dengan jari sahaja.

(Soal Jawab) 2 Jemaah di dalam satu masjid


Soalan

Apakah hukum sekiranya terdapat 2 kumpulan bersolat jemaah di dalam satu masjid?Apakah jemaah yang kedua mendapat pahala jemaah ataupun mendapat pahala solat sendirian.Mohon nas-nas(al-Quran ataupun Hadis) yang berkaitan kerana ingin menerangkan pada sahabat.


Jawapan

Menurut pendapat sarjana Islam yang muktabar,sekiranya yang dimaksudkan solat itu adalah solat Jumaat,maka tidak sah jemaah yang kedua itu.

Sekiranya ia adalah solat jemaah lima waktu,sah solat kedua-dua jemaah itu.Ada beberapa kemungkinan boleh terjadinya dua jemaah di dalam satu masjid.
  1. Sekiranya imam jemaah yang pertama ada kekurangan seperti bacaannya tidak betul atau keadaannya fasik,jemaah kedua tidak perlu tunggu sehinggan habis salam jemaah yang pertama itu.Kemudian,jemaah kedua boleh memulakan solat,cara ini bagi mengelak daripada timbulnya fitnah
  2. Kemungkinan sebab kedua adalah jemaah pertama hampir selesai solatnya,maka sunat jemaah yang baru sampai memulakan jemaah yang baru.Tetapi sekiranya yang baru sampai itu seorang sahaja,dia perlu terus takbir dan mengikut imam itu.  
Sekiranya sengaja mengadakan jemaah kedua sedangkan jemaah pertama tidak ada sebarang uzur syarie bagi diikuti,maka hukumnya adalah haram kerana mencetuskan pepecahan