Soalan
Apakah hukum sekiranya terdapat 2 kumpulan bersolat jemaah di dalam satu masjid?Apakah jemaah yang kedua mendapat pahala jemaah ataupun mendapat pahala solat sendirian.Mohon nas-nas(al-Quran ataupun Hadis) yang berkaitan kerana ingin menerangkan pada sahabat.
Jawapan
Menurut pendapat sarjana Islam yang muktabar,sekiranya yang dimaksudkan solat itu adalah solat Jumaat,maka tidak sah jemaah yang kedua itu.
Sekiranya ia adalah solat jemaah lima waktu,sah solat kedua-dua jemaah itu.Ada beberapa kemungkinan boleh terjadinya dua jemaah di dalam satu masjid.
- Sekiranya imam jemaah yang pertama ada kekurangan seperti bacaannya tidak betul atau keadaannya fasik,jemaah kedua tidak perlu tunggu sehinggan habis salam jemaah yang pertama itu.Kemudian,jemaah kedua boleh memulakan solat,cara ini bagi mengelak daripada timbulnya fitnah
- Kemungkinan sebab kedua adalah jemaah pertama hampir selesai solatnya,maka sunat jemaah yang baru sampai memulakan jemaah yang baru.Tetapi sekiranya yang baru sampai itu seorang sahaja,dia perlu terus takbir dan mengikut imam itu.