Pages

Monday, September 3, 2012

Apple Nak Saman Samsung Sekali Lagi?


Selepas mendapat kemenangan besar ke atas pesaingnya, Apple kini sedang mengatur beberapa lagi kes ke atas Samsung melibatkan pengambilan teknologi inovatif milik syarikat dari Amerika Syarikat itu.

Ia termasuk kes terhadap produk Galaxy S III yang didakwa terlibat dalam pelanggaran paten Apple.

Februari lalu, Apple mendakwa sekurang-kurangnya 17 produk Samsung telah meniru patennya.

Susulan itu, semalam, Apple telah menambah empat lagi produk dalam senarai tersebut di Mahkamah Persekutuan San Jose.

Wakil Samsung bagaimanapun belum memberikan sebarang ulasan berhubung isu tersebut.

Jumaat lepas, Apple memenangi kes saman ke atas Samsung dalam kes berasingan selepas juri mendapati syarikat dari Korea Selatan itu telah meniru produk popularnya iaitu iPhone dan iPad.

Keputusan itu membolehkan Apple mendapat pampasan sebanyak lebih RM 3 bilion  akibat kemusnahan yang dialaminya.

Ia juga diputuskan selepas setahun kedua-dua pihak melalui proses perbicaraan.

Selain itu, Apple turut memohon pampasan sebanyak lebih RM3 juta daripada produk-produk Samsung yang dijual di Jepun dengan dakwaan mencuri teknologi pemindahan fail muzik dan video.

Namun dakwaan Apple bahawa Samsung mencuri teknologinya itu telah ditolak oleh mahkamah Jepun.
sumber

Tahap Keselamatan Duit Baru RM 100


Hebat duit kertas baru kita. Berikut adalah sample gambar note RM100 yang di'scan dengan 365nm Uv Light Source. Di situ kelihatan security yang tersorok dan tak mudah untuk disalin oleh mana-mana printer sekalipun. Sindiket Black Money boleh jalan.

Surat Rasmi Daripada Mr Bean Kepada Bill Gates


Yang Dihormati En. Bill Gates,

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenalpasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang 'START' tetapi
saya dapati tidak ada butang 'STOP'. Saya minta
Tuan tolong periksa?

2. Saya sudah pelajari 'Microsoft Word', sekarang
saya mahu pelajari 'Microsoft Sentence'. Bila Tuan
akan menjualnya?

3.Di dalam komputer saya terdapat 'Microsoft
Office', bagaimana dengan 'Microsoft Home'
kerana saya menggunakan komputer ini di rumah?

4.Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah 'Gates',
tetapi Tuan menjual 'Windows' kenapa tidak
'Doors'?

Saya menanti jawapan Tuan.

Sekian Terima kasih,

Mr. Bean 

Untuk suke suke je nie

Saturday, September 1, 2012

Ismail, Muslim Tuntut Permohonan Maaf


PEMAIN tengah pasukan Terengganu, Ismail Faruqi menuntut permohonan maaf secara terbuka dari pengendali Skuad Penyu, Peter James Butler berhubung dakwaan negatif bekas jurulatih Kelantan itu yang menyifatkan beliau bersama rakan sepasukan, Muslim Ahmad dilabelkan tidak berdisiplin.

Menurutnya, dia dan Muslim telah menyerahkan perkara itu kepada pihak atasan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menilai situasi sebenar.

“Dakwaan itu (membawa wanita ke hotel) sangat tidak berasas, jadi saya dan Muslim telah menyerahkan kes ini kepada pihak atasan untuk menilai situasi ini.

“Tuduhan berat itu telah memberikan kesan buruk kepada imej kami, keluarga, pasukan dan pihak pengurusan PBSNT,” katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru, dua tonggak utama ini menuntut permohonan maaf secara terbuka (dari Butler) untuk membersihkan nama baik mereka di atas kesalahan yang tidak dilakukan mereka berdua.

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan Ismail bersama Muslim digugurkan dari skuad utama Terengganu selepas mereka didakwa pulang lewat ke bilik penginapan kira-kira jam 3 pagi.

Lebih mengaibkan, mereka juga didakwa membawa wanita ke hotel selepas perlawanan menentang Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar Selasa lalu.

Enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu, Ismail berharap insiden ini memberikan pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati bagi menjamin kariernya sebagai pemain bola sepak.

Sementara itu, Muslim memaklumkan bahawa dia bukannya membawa balik wanita ke bilik penginapannya seperti mana yang didakwa Butler, sebaliknya dia hanya pulang lewat pada hari kejadian kerana membeli makanan dan panadol untuk Ismail yang dikatakan demam.

“Kami tak buat perkara itu (bawa balik mana-mana wanita ke hotel) sebab kami ada bukti, malah kami juga tidak tahu macam mana laporan itu dibuat (Butler) dan dia pun tak buat laporan pada persatuan (PBSNT).

“Memang saya (akui) keluar lewat. Tapi saya keluar beli makanan dan panadol untuk Ismail sebab dia demam,” katanya.
sumber

Thursday, August 30, 2012

Senarai 8 Produk Samsung Yang 'Diharamkan' Oleh Apple

Galaxy S 4G, antara 8 produk Samsung yang disenarai hitam.

Apple Inc hari ini telah menyerahkan senarai lapan produk 'panas' milik Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Menurut laporan, Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsungmembayar pampasan AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'menciplak' model iPhone dan iPad keluaran Apple. Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Antara produk telefon pintar yang disenaraikan Apple ialah:-
 
Galaxy S 4G
,
Galaxy S2 AT&T
 
Galaxy S2,
Galaxy S2 Epic 4G
Galaxy S2 T-Mobile

Galaxy S Showcase
Droid Charge
Galaxy Prevail
 

Pada 26 Jun lalu, hakim yang sama mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang sama sekali memasuki pasaran Amerika Syarikat selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'.

Samsung Bayar Apple $1 Billion Dengan Menggunakan Duit Syiling 5 Sen


CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut.
sumber

Wednesday, August 29, 2012

Kesalahan Besar Dalam Bacaan Al-Fatihah


Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati

  •     DU LI LAH ( bila dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya DULILLAH
  •     HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya HI ROB
  •     KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KI YAU
  •     KANNAK (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAK
  •     KANNAS (bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAS
  •     IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA....IYA bermaksud matahari.

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada
"matahari kami sembah dan kepada  mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!! "
  •     SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
  •     AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.