Pages

Friday, July 13, 2012

Lautan Buih Serang Bandar Cape Town



Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’.
Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam.

Boleh lihat gambar di bawah.










Info Ringkas:
  • Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
  • Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
  • Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
  • Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.


Subhanallah fenomena yang sangat unik dan menarik sekali. Mungkin kita di Malaysia tidak berpeluang untuk merasai fenomena sedemikian rupa. Walaupun ia jarang dilihat, fenomena yang pernah berlaku di kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan menunjukkan betapa hebatnya kuasa Allah SWT.

Thursday, July 12, 2012

Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal


Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang,
Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.


Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.





Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.
sumber

Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat

Pengakuan Tentara : "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"


Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamilmenghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.


Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan....
sumber

Adab Minum Rasullulah SAW



Rasullulah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk . Amalan ini bertujuan untuk kesihatan. Rasullulah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. 



Antara Khasiat Amalan-Amalan Ini : 



1- Menghilangkan Balqham ( kahak dan lendir ) 

2- Mencuci Perut . 

3- Membuang Sisa-Sisa Makanan Yang Tertinggal Didalam Perut yang Tidak Dicernakan Dengan Sempurna dan Menolaknya Ke Usus Besar . 

4- Menghapuskan Sukatan Dalam usus , Menghilangkan Senak Perut dan Sedu. 

5- Memperbaiki Fungsi Buah Pinggang, Limpa dan Hati. 



Rasullulah SAW suka minum air yang telah disimpan di dalam suatu bekas.



Minuman manis dan sejuk . 

 

Aisyah ra meriwayatkan bahawa :" Diantara banyak-banyak jenis minuman Rasullulah SAW suka minuman manis dan sejuk ". 


Hadis bermaksud :" baginda mengemari minuman manis dan sejuk campuran madu atau nabiz ( rendaman buah tamar ). 



Didalam suatu doa Rasullulah ada menyebut :" Ya Allah kurniakan aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak, dan cintaku kepada air sejuk ." 



Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman itu terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan yang menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan . Ini sekaligus berperanan sebagai bahan yang mencernkan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh tubuh badan. 



Ringkasan Adab Minum Rasullulah SAW : 



1- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan . 

2- Bacalah "Bismillah" . 

3- Minum dengan 3 nafas . 

4- Minum dengan keadaan duduk . 

5- Jangan bernafas di dalam air minuman. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain. 

6- Setiap kali berhenti minum ( pada setiap pernafasan ) bacalah "Alhamdulilah" . 

7- Jika tiada tempat duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri . 

8- Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat .

Wednesday, July 11, 2012

Kenapa Air Tasik Di Senegal Berwarna Pink?


Tasik Pink atau dikenali sebagai Tasik Retba terletak di utara semenanjung Bab Vert Senegal iaitu di utara timur Dakar.Ia dinamakan sedemikian kerana airnya yang berwarna merah jambu.Fenomena ini disebabkan oleh kombinasi sejenis bakteria iaitu Cyanobacteria yang terdapat di dalam air dengan kepekatan kristal garam yang tinggi.

Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.




Sekali pandang suasanna di sana, seperti macam laut pula. Tapi menurut sumber ia adalah sebuah kawasan tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat. Satu fenomena seperti ada peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sana.

Hukum Memakai Contact Lense

Contact Lens
Hukum Memakai Contact Lens

Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Jack Sparrow adalah Lanun Muslim

Jack Sparrow
 
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.


Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.



Dilahirkan sebagai Jack Ward


Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.


Queen Elizebeth I
                                      
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.


Jack Menjadi Lanun


Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

 Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.


Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.


                         


Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey


Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah,Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.


                                                       

Sebuah kapal  besar dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.


Memeluk Islam


Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepadaYusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Jihad

Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.


                  


Kembali ke rahmatullah


Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.


Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).


 

Perhatikan lambang bulan dan bintang.
sumber