Pages

Thursday, April 19, 2012

Kenapa Mayat Firaun Masih Terpelihara


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.



Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Wednesday, April 18, 2012

5 tandatangan paling mahal di dunia

Berapa harga tandatangan korang?.Kalau letak harga RM 5 ada orang nak beli?…hahah..5. Jimmy Hendrix – gitaris
most-expensive-signature-in-the-world-Jimmy-Hendrix-signature
Harga minimum : £ 41,000
4. Jimmy Page – gitaris
most-expensive-signature-in-the-world-Jimmy-Page-signature
Harga Minimum : £ 49,000
3. John Lennon – penyanyi
most-expensive-signature-in-the-world-J-Lennon-signature
Harga : $ 525,000
2. Abraham Lincoln – Bekas Presiden USA
most-expensive-signature-in-the-world-A-Lincoln-signature
Harga : $ 748,000
1. William Shakespeare – poet
most-expensive-signature-in-the-world-William-Shakespears-signature
6 salinan sahaja disahkan tulen, setiap satu bernilai $ 5 juta

Produk-produk menarik dari bahan kitar semula

Sejak dari sekolah rendah, kita dah diajar untuk kitar semula sebagai tanda cintakan alam sekitar. Yang pasti, bahan-bahan terbuang yang dikitar semula ini mampu menjana pendapatan bagi sesetengah orang. Jom tengok produk-produk menarik yang terhasil dari bahan terbuang ni;

drinking-straw
Kerusi dari penyedut minuman (straw)

keyboard-cufflinks
Cufflinks (butang) daripada keyboard

old-tin-can-recycled-products-south-africa
Beg daripada tin minuman

recycled_ringbag
Beg daripada penutup botol minuman

Bakul daripada surat khabar

Kerusi daripada cakera padat

Kerusi daripada skateboard

Kerusi daripada tayar
sumber : Ecoble

AWAS!!! AYAH PIN DAN KERAJAAN LANGIT KEMBALI

Selepas sekian lama menghilang, nama Arifin Mamat, 69, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, muncul semula apabila sebuah laman facebook (FB) dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab dikesan memuatkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan negara.
Laman FB yang dikatakan mula dibuka Sabtu lalu, dipercayai didalangi pihak yang cuba menyebar dan mempengaruhi orang ramai ajaran kerajaan langit yang sebelum ini dibawa Ayah Pin dan difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama negara ini.

Selain penggunaan perkataan menghina agama di laman yang menggunakan gambar Ayah Pin dan baru mempunyai empat pengikut itu, terdapat sesalinan perakuan murtad serta salinan daftar pemilih yang disahkan membabitkan kawasan pilihan raya bagi ketua ajaran sesat kerajaan langit terbabit.

Kemungkinan laman FB itu digunakan pihak lain untuk menghina Islam juga tidak boleh ditolak berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pos terbarunya jam 6.15 petang kelmarin yang berbunyi “I cant send friend request because fb suspend it for 2 days and fb urge me to cancel friend all request, what the heck! fb is not user friendly la lagu ni”'.

Semakan Berita Harian terhadap akaun FB itu turut menemui beberapa kata-kata penghinaan seperti ‘Malaysia Babi’ yang dipos pada jam 1.13 tengah hari 15 April lalu serta pos bertarikh 15 April jam 2.24 petang yang berbunyi: “Tidak lama lagi akan mengundi, semoga Dewa Iswara dan Dewa Indra memanjangkan umur saya”.

Setakat ini laman FB Ayah Pin yang menerima komen daripada lebih 56 pembaca turut memuatkan beberapa perkataan lain yang boleh dianggap menghina antaranya, yang diposkan semalam berbunyi “Alhamdulillah ana sudah murtad!! Bebas dari agama palsu!!”
Dalang laman FB itu turut memasukkan secara jelas salinan daftar pemilih yang disahkan menerusi semakan komputer mengandungi nama Arifin Mamat, bernombor kad pengenalan 430622035313, bertarikh lahir 23 Jun 1943, tempat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut serta kawasan mengundi di Parlimen Besut.

Niat buruk pemilik akaun laman itu untuk menghina Islam jelas apabila pada ruangan info pemiliknya memaparkan gambar Ayah Pin dan tertulis perkataan ‘Ayah Pin Islam agama palsu’ sehingga membuatkan orang ramai mendesak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera menutup akaun laman FB berkenaan.

Pengguna, Zaidi Abas, 48, mendesak pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan ia mempengaruhi fikiran terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama.

“Ini amat keterlaluan terutama perkataan yang digunakan nyata menghina Islam dan negara kita. Sama ada akaun laman ini dibuka pihak lain atau Ayah Pin sendiri, itu menjadi tugas SKMM menyiasatnya.

“Mungkin ia bukan dibuka oleh Ayah Pin kerana ada pos yang ditulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya. -BH

 
Dipetik dari Lulu Page

Hp Z1 Desktop PC All In One

17-HP-Z1
Hp Z1 adalah desktop pc all in one terbaru memaparkan ciri lengkap sebagai sebuah workstation peribadi, sesuai digunakan jika Anda seorang pengguna komputer yang mahukan kepantasan, kelasakan, ketajaman grafik dan penjimatan ruang kerana tidak mahu memuatkan kotak cpu di bawah meja seperti mana desktop pc biasa.

Hp Z1 ini akan mula dijual pada harga minima RM5,697 di Malaysia ($1,899 Dolar Amerika), skrinnya bersaiz 27 inci dengan resolusi 2560×1440, di sebalik skrin itu tesembunyi central processing unit memuatkan speaker SRS, kipas penyejuk haba, dua palam USB3.0, pembaca kad memori pelbagai jenis (multi card reader), prosessor Intel Xeon quad core, RAM 4GB dari jenis DDR3, pemacu grafik berintegrasi, webcam HD, cakera keras Solid State Drive 500GB dan akhirnya pemacu optik Blu-ray.


Anda bebas menambah dan mengurangkan kompen dalaman Hp Z1 milik Anda tanpa menggunaakan apa jua tools, hanya plug and play saja. Ini set komputer terbaik untuk buat kerja, berhibur, melayari internet, merekabentuk atau simply bermain games. Ia dipasang dengan RAM sehingga saiz 32GB, sebelum ini mana-mana desktop pc all in one cuma memilki RAM paling tinggi sebanyak 16GB sahaja. Kedudukan skrin boleh ubah-ubah sama ada mahu digunakan menegak atau digunakan mendatar menjadi seakan sebuah tablet bersaiz 27 inci. Video mengenai Hp Z1 kini sudah ada di YouTube.

Gambar-Gambar Masa Kecil Para Pemain Bolasepak Dunia

 Salam.Hari ini Amir nak buat korang enjoy sikit bila buka blog AMir,So,AMir sediakan artikel yang sangat menarik untuk korang semua.
Berikut adalah  Gambar-Gambar Masa Kecil Para Pemain Bolasepak Dunia..hehehe..kalau di lihat sangat serupa muka mereka dengan yg sekarang kan....Yang penting sekali mereka semua ni memang the best in the world la dalam arena bola sepak ni...jom saksikannya...




                                                                                             Petr Cech

Cesc Fabregas
Deco
Paul Scholes

Ryan Giggs
Steven Gerrard
Frank Lampard
Michal Ballack
Fernando Torres
Wayne Rooney
Zinedine Zidane
Ronaldinho
Michael Owen
Ronaldo
Thiery Henry 
Lionel Messi 
Christiano Ronaldo 
David Beckham
Jose Mourinho

5 Bencana Alam Paling Dashyat Yang Pernah Ada


Bencana alam mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi banyak orang tak hanya kerana sifatnya untuk merosakkan namun juga korban nyawa dan harta. . Pelbagai bencana alam mengerikan telah terjadi di abad ke 21 ini dan amatlah mengerikan. Ini lima bencana alam yang paling mengerikan yang pernah terjadi selama abad ke 21.
Gempa di Kashmir Tahun 2005
Gempa yang terjadi di Kashmir tahun 2005 ini berskala 7.6 skala richter namun menelan mangsa sebanyak 88 ribu orang. Gempa ini menimpa Pakistan, sebahagian dari India dan Afghanistan. Kerugian akibat bencana alam ini sebanyak 5.2 bilion dollar, sebanyak 69 ribu orang tercedera dan 32 ribu bangunan hancur.
Puting beliung Nargis Tahun 2008
Cyclone nargis yang datang dari utara samudera India ini mencapai kelajuan 121 batu per jam. Semasa badai mencapai daratan, maka 140 ribu orang kehilangan nyawa. Proses pembangunan memerlukan dana sekitar 4 bilion dollar.
Gempa Sichuan Tahun 2008
Gempa di wilayah Sichuan China yang terjadi di tahun 2008 ini berkekuatan 7,9 skala richter dan bencana alam tersebut terjadi kurang dari dua minit. Namun kerosakannya menimpa sekitar 45,5 juta orang di China dan mengorbankan 84 ribu orang. Sekitar 15 juta orang dipindahkan dari rumah mereka dan 18 ribu orang sampai sekarang masih hilang dengan kerosakan nilai 300 juta dollar.
Tsunami Aceh Tahun 2004
Tsunami yang berlaku di bandar yang terkenal dengan tari saman iaitu aceh pada tarikh 26 Disember 2004 di Aceh itu memang amat mengerikan dengan kekuatan hampir 9 skala richter gempa tersebut menimbulkan tsunami yang mengorbankan sekitar 220 ribu orang. Bahkan kerosakan akibat bencana tersebut menelan kerugian sebanyak hampir 10 juta dollar.
Gempa Haiti Tahun 2010
Bencana Alam Gempa yang berlaku di Haiti tahun 2010 telah mengorbankan lebih dari 222 ribu orang. Walaupun skala kekuatan gempa yang sebesar 7 skala richter lebih kecil berbanding gempa di Jepun namun struktur dan standard bangunan di Haiti yang masih rendah menyebabkan banyaknya korban nyawa dan kerosakan teruk.