Pages

Thursday, March 15, 2012

Ramainya orang yang minat ke NERAKA

Ketua sebuah pengajian meminta maaf kepada penceramah kerana jamaah yang hadir dalam pengajian tersebut tidak banyak. Ia semula mengharapkan agar jamaah yang datang dapat mencapai ribuan orang, tetapi ternyata hanya ratusan orang. Ia khuatir apabila penceramah kecewa dengan jumlah yang sedikit itu.

Tengkorak berapi dengan motornya kini kembali semula, Ghost Rider Spirit of Vengeance

Apa komen penceramah tersebut? Ia justru bersyukur dan tidak merasa kecewa. Katanya, “Memang calon penghuni syurga itu jumlahnya lebih sedikit berbanding calon penghuni neraka.” Ia pernah membaca akhbar bahawa di Ancol diadakan pertunjukan maksiat. Yang hadir dalam pesta kemungkaran itu mencapai 700 ribu orang. Walaupun pesta itu bermula jam lapan malam, tetamu sudah mula datang sejak jam satu petang. Penceramah kemudian bertanya kepada para hadirin, “Apakah ada pengajian yang dihadiri oleh 700 ribu orang?” Hadirin pun serentak menjawab, “Tidak ada.” Ia kemudian bertanya lagi, “Apakah ada pengajian yang bermula jam lapan malam, tetapi jamaahnya sudah datang jam satu siang? “Hadirin kembali serentak menjawab,” Tidak ada. “Penceramah kemudian berkata,” Itulah maksiat, dan inilah pengajian. Kalau ada pengajian dihadiri oleh ratusan ribu orang, boleh jadi pengajian itu bermasalah. ”

Untuk masa-masa tertentu, dimana anda tak dapat angkat panggilan, cuma SMS je, ianya PERCUMA!

Ia juga mencontohkan dakwah Nabi Nuh AS. Beliau berdakwah selama hampir seribu tahun, tetapi pengikut beliau hanya 40 orang. “Kerana itu, kalau yang datang di pengajian ini mencapai beratus-ratus orang, itu sungguh sudah bagus. Dan, begitulah calon-calon penghuni syurga”, tambahnya.
Lebih jauh, ustaz yang masih muda itu menyampaikan sebuah hadis tentang apa yang akan terjadi pada hari kiamat. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa nanti pada hari kiamat, Nabi Adam AS akan dipanggil oleh Allah SWT. Beliau diperintahkan oleh Allah SWT untuk memisahkan anak-cucunya, mana yang akan masuk syurga dan mana yang akan masuk neraka. “Ternyata,” kata Nabi Muhammad SAW selanjutnya, “Dari seribu anak-cucu Adam, 999 (sembilan ratus sembilan puluh sembilan) masuk neraka, dan hanya satu yang masuk syurga.”

Dapatkan iPhone 4S bila berdaftar kad kredit AmBank secara online!!

Ia kemudian mengajak jamaah untuk mengamati perilaku manusia setiap hari. “Cuba kita amati kehidupan manusia sehari-hari. Kita lihat mereka di pasar, pusat membeli-belah moden atau mal, televisyen, dan di mana saja. Ternyata lebih banyak yang senang bermaksiat daripada yang taat kepada Allah SWT. Orang bohong, penipu, ada di mana-mana, sementara yang solat di masjid sepi-sepi saja. Ternyata manusia itu lebih menyukai neraka daripada syurga. “

Jenis soalan yang bodoh yang dikeluarkan oleh Wanita

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada SEOrang lelaki yang bukanlah SEOrang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Nuffnang Ads
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, SEOrang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, SEOrang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah SEOrangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan SEOrang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu.

Tidak Semestinya Semua Orang Yang Ada Tanda hitam pada dahi orang warak atau Soleh


Ahha.. entry kali ni berkaitan dengan tanda hitam pada dahi yang kita dapat lihat pada sesetengah orang. Rata-rata orang cakap tanda hitam pada dahi ni  adalah disebabkan oleh orang tu merupakan seorang yang soleh dan warak.. Orang kita bila tengok je tanda hitam kat dahi directly dorang akan cakap yg orang tu kuat sembahyang, kuat agama lah dan sebagainya.. HAkikatnya, nabi-nabi kita dulu dan para sahabat tak pon ada tanda hitam di di dahi dan mereka sememangnya warak dan soleh..
     Itulah orang kita.. pantang nampak tanda sesuatu mula je nak menilai tanpa usul periksa.. Video kat atas tu merupakan video petikan ceramah dari Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan bahawa tanda dahi hitam tak ada kaitan dengan orang yg warak mahu pon soleh.. 
      Normally, orang yg berdahi hitam ni terjadi di sebabkan faktor kulit yg sensitif. Contohnya kulit orang tu lembut dan sensitif yang mana kalau terkena apa-apa dia akan jadi hitam... Sebaik-baik nya tanda yang lebih baik di lihat ialah  bila wajah orang tu bercahaya dan berseri apabila solat. So, harap dengan sedikit info ni persepsi korang terhadap dahi hitam ni akan berubah yer.. Kat bawah ni credit untuk beberapa site yg aku terbaca info mengenai maklumat ni! 
Dahi Saiful Bukhari yang kononya heboh diperkatakan umum. 
Nota kaki : tengok cerita Awan pengantin kat astro warna, tiba-tiba terfikir pasal kes dahi hitam ni.. toot!



Hadis PALSU tentang KIAMAT 2012 | 15 Ramadhan 2012

Assalamualaikum…mlm tadi banyak email yg masuk dalam peti inbox kita berkenaan huru hara pada tahun 2012 dan terdapat satu hadith Rasulullah s.a.w. yang di attach sekali pada email-email tersebut.
Baiklah, disini kita cuba untuk mengulas seberapa terperinci mengenai email2 yang kita terima. Sebelum tu meh kita baca dulu email tersebut.

03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

SUMBER:
  • mforum1
  • Facebook post dari tukulbesi
  • kakingail
dan terdapat banyak lagi sumber yang boleh didapati di internet. google jer.
Daripada mesej tersebut, kita telah melakukan sedikit kajian dan analisis. Mencari bukti kesahihan hadith, dan mencari video2 daripada astronout2 NASA. Bukannya kita tidak percayakan hadith atau nk menyangkal hadith Rasulullah s.a.w…
Tetapi pada zaman sekarang kita perlu banyak berwaspada kerana byk golongan yg suka menyesatkan orang Islam. Malah terdapat juga orang bukan Islam yang menyamar, juga terdapat orang Islam sendiri yang menyesatkan kaum seagama..Nauzubillah…minta dijauhkan..
Selepas itu, kita dapat tau dari blog2 yang mengatakan hadith tersebut adalah palsu!? Benarkah??

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?
Wallahualam..
Dan di bawah ini adalah sumber daripada NASA yang mengatakan kejadian planet-x bertembung dengan bumi Allah s.w.t. adalah hoax, khabar angin.
VIDEO : Earth wont end in 2012

NASA Astrobiology Institute: “Nibiru and Doomsday 2012”
Bad Astronomy: “The Planet X Saga: The Scientific Arguments in a Nutshell”
Sky and Telescope Magazine: “2012: The Great Scare”
sumber : nasa
Dan di bawah ini adalah sumber dari Jakim..
INI JAWAPAN DARI JAKIM
“Walaikum salam….
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah SEOrang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah SEOrang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…
Wassalam…
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)

29 Julai 2009″
SUMBER : goldazone86 dan sahabat interaktif
Jadi….Selepas membaca sumber2 di atas, tahulah kita..lambat lagi la nk kiamat ni?? Jadi, masih ada masa untuk bersenang lenang, banyakkan hiburan, entertaintment,.. Lepak dlu, hehehe… Betulkah?? Heheh..acah ajer. =)
Tengok tarikh di atas…29 Julai 2009..ooo, jadi fahamlah kita bahawa mesej2 ni dah lama sbnrnya..sume ni adalah spam mesej mcm tu..x payah dipedulikan lahhh..
Pendapat penulis
Sebenarnya kita sndiri pun tdk pasti perkara2 yang spt ni. Dan sampai sudah pn kita sendiri tak tahu kesahihan hadith di atas..Kita tahu ilmu kita tidak setinggi itu, dan semua ni tak tercapai dek akal kita..Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Maha suci Allah S.W.T…Kalau tengok dalam Al-Quran dan hadis2 sahih Rasulullah s.a.w. hanya terdapat tanda2 kiamat kecil dan besar…yang mana sekarang ini dapat kita tengok satu persatu telah berlaku…
Dan, walau apa pun, kita perlu sentiasa menginsafi diri kita, berwaspada, perbanyakkan amal kita, ibadah kita dan perkukuhkan akidah kita, bukan tunggu dapat mesej2 seperti ni baru nk perbaiki diri kita…Bukan mengata tapi nasihat..Diri kita ni pn masih banyak yang perlu diperbetulkan…Wallahualam..
"““Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri.””"

Wednesday, March 14, 2012

Awas – 15 perkara yang membatalkan Syahadah

Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama yang menunjukkan bahawa umat Islam bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah. Pada masa kini, ramai yang pada luaran islam tetapi tanpa mereka sedari mereka telah melakukan perkara yang boleh membatakan syahadah mereka.

Secara asasnya, iman boleh terbatal melalui 3 perkara iaitu perkataan, perbuatan dan niat. Melalui 3 asas tadi, saya kongsikan 15 perkara yang boleh membatalkan syahdah umta islam
  1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT
  2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah
  3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah
  4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada selain daripada Allah
  5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah dan Rasul
  6. Berhukum dengan selain daripada hukum Allah
  7. Benci sebahagian ajaran Islam atau keseluruhan Islam
  8. Mencintai dunia melebihi akhirat
  9. Menghina apa-apa sahaja daripada Kitab atau Sunnah
  10. Menghalal apa yg Allah haram dan mengharam apa yang Allah halal
  11. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
  12. Tidak beradab dengan Rasulullah SAW
  13. Mendakwa al-Quran ini ada tafsiran batin, bukan zahir berdasarkan dhauq, ilham, kashaf
  14. Mengkafirkan Muslim, menghalalkan darah mereka
  15. Tidak percaya dgn Kitab dan Sunnah yg sabit walaupun sebahagiannya sahaja
Sebagai seorang umat islam, jika mesti menjaga segala percakapan,perbuatan dan niat agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Dunia sekarang terdapat pelbagai pihak yang cuba menghancurkan umat islam. Jadi, berjaga-jagalah sebelum terkena.
p/s Anda suka artikel ini? Klik LIKE dan SHARE di facebook anda

Monday, March 12, 2012

(Biodata + Gambar) Ustaz Don Daniyal Yang Segak Bergaya

Selalunya Ustaz Don Daniyal kerap memakai jubah dan berserban. Tapi kali ini penampilannya agak jauh berbeza.

gambar ustaz don daniyal segak bergaya

Ustaz Don Daniyal kelihatan lebih kacak, segak dan bergaya dengan mengenakan pakaian sut kemeja bersama kot hitam di sebuah majlis. Wah siapa kata ustaz-ustaz tak boleh bergaya. Smart siot!

Lagi gambar Ustaz Don Daniyal segak bergaya di bawah!


gambar ustaz don daniyal segak bergaya

gambar ustaz don daniyal segak bergaya

Biodata Ustaz Don


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir


P/s: Bujang lagi tu… tapi dah bertunang ar. Sorry :)

Ni gambar dia bertunang;
gambar tunang ustaz don daniyal

Sunday, March 11, 2012

Movie Yang Ditunggu-tunggu oleh Umat Islam


SETELAH 800 TAHUN HADIS INI DIUCAPKAN OLEH RASULULLAH AKHIRNYA >>
AL-FATEH-PENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL (ISTANBUL)

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad)

 
Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine




SEJARAH AL-FATEH DAN KONSTANTINOPEL

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad.  Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel.  Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.



Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.



Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.



Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):



Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.



Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.



Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.



Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.


Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri.  Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.