Pages

Wednesday, December 21, 2011

(Soal Jawab)Meninggalkan Doa Qunut







SOALAN

Adakah doa qunut yang dibaca dalam solat subuh boleh ditinggalkan??



Jawapan

Membaca qunut pada solat subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafii.Oleh itu,sekiranya tidak dibaca,tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut.Sesiapa yang tertinggal membaca qunut,sunat melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam.Sekiranya sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh,solatnya tetap sah dan tidak berdosa..


Saturday, December 17, 2011

(Soal Jawab)Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat


Soalan

Apakah hukum menggerakkan jari semasa tahiyat?


Jawapan

Pandangan majoriti sarjana fikah ialah sunat memberi isyarat dengan jari telunjuk ketika mengucap kalimah syahadah dan tidak menggerak-gerakkannya.Hadis menyatakan Nabi Muhammad SAW memberi isyarat jari sahaja tanpa digerak-gerakkannya lebih kuat.

   Abdullah bin Zubair menyatakan ,Nabi Muhammad SAW memberi isyarat dengan jari sahaja dan tidak menggerak-gerakkannya.
  Al-Baihaqi menyatakan kemungkinan maksud hadis menggerakkannya itu ialah memberi isyarat dengan jari sahaja.

(Soal Jawab) 2 Jemaah di dalam satu masjid


Soalan

Apakah hukum sekiranya terdapat 2 kumpulan bersolat jemaah di dalam satu masjid?Apakah jemaah yang kedua mendapat pahala jemaah ataupun mendapat pahala solat sendirian.Mohon nas-nas(al-Quran ataupun Hadis) yang berkaitan kerana ingin menerangkan pada sahabat.


Jawapan

Menurut pendapat sarjana Islam yang muktabar,sekiranya yang dimaksudkan solat itu adalah solat Jumaat,maka tidak sah jemaah yang kedua itu.

Sekiranya ia adalah solat jemaah lima waktu,sah solat kedua-dua jemaah itu.Ada beberapa kemungkinan boleh terjadinya dua jemaah di dalam satu masjid.
  1. Sekiranya imam jemaah yang pertama ada kekurangan seperti bacaannya tidak betul atau keadaannya fasik,jemaah kedua tidak perlu tunggu sehinggan habis salam jemaah yang pertama itu.Kemudian,jemaah kedua boleh memulakan solat,cara ini bagi mengelak daripada timbulnya fitnah
  2. Kemungkinan sebab kedua adalah jemaah pertama hampir selesai solatnya,maka sunat jemaah yang baru sampai memulakan jemaah yang baru.Tetapi sekiranya yang baru sampai itu seorang sahaja,dia perlu terus takbir dan mengikut imam itu.  
Sekiranya sengaja mengadakan jemaah kedua sedangkan jemaah pertama tidak ada sebarang uzur syarie bagi diikuti,maka hukumnya adalah haram kerana mencetuskan pepecahan
     

(Soal Jawab)Qada(menggantikan Solat)







Soalan

Sekiranya saya mahu menggantikan solat yang tertinggal,adakah boleh saya lakukan di luar waktu solat.Contohnya waktu duha saya lakukan solat qada sekali.Apkah ia dibolehkan?


Jawapan

Harus melakukan solat ganti lima waktu di luar waktu solat yang hendak kita gantikan itu.

Contohnya solat yang mahu digantikan itu adalah solat zuhur,harus dikerjakan dalam waktu asar,maghrib,isyak,subuh,ataupun pada bukan waktu lima waktu seperti pada masa solat duha.

Thursday, December 15, 2011

Hukum Hudud Adalah Hukum Allah SWT


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. An-Nisa, 61
 Nak bercakap pasal hukum Allah tapi cuba lihat pelakon-pelakon dia pon dah tahu staro mana tahap ilmu nya... kalau diri sendiri pon tak terjaga, tak tutup aurat,,tak payah laa buat pandai nk cakap hal-hal hukum ALLAH...Silap-silap Boleh jadi KAFIR Laknatullah
Ahmad,Abu Daud meriwayatkan drpda Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Barangsiapa yang syafaatnya menghalang pelaksanaan satu hukum hudud ALLAH,maka dia adalah musuh ALLAH dalam urusan-Nya
Ada juga org mcm nie,dia menghina hukum Allah samalah seperti dia menghina Allah SWT Yang Menciptannya..Munafiklah org yg menolak Hukum Allah yg telah tercatat di dalam Al-Quran. Hukum hudud nie bukanlah PAS yg reka,hukum hudud Allah SWT yg suruh laksanakan,Pas cuma ikut apa yg diperintah Allah SWT. ALLAH yg mencipta manusia..ALLAH juga yg mewujudkan segala2nya..Allah sahaja yang tahu macam mana nak jaga dan kawal segala2nya....tapi apa yang diaorng buat..MEMPERLEKEHKAN hukum yg ALLAH bagi demi kedamaian Diaorang..betapa bodohnya semua org yg berlakon tu..
 

Sunday, December 11, 2011

Syeikh Ahmad Deedat-Berdebat dengan Paderi Kristian ,






Sebut saje nama Syeikh Ahmad Deedat,pasti semua orang kagum dengan hujah-hujahnya dengan paderi kristian.Syeikh Ahmad Deedat seorang hamba Allah yang pandai berdebat..Anda boleh menonton video Syeikh Ahmad Deedat berdebat dengan paderi kristian di www.youtube.com

Ahmad Hoosen Deedat atau lebih dikenali sebagai Syeikh Ahmad Deedat ataupun Syeikh Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat di India. Beliau bersama keluarga telah berpindah ke Afrika Selatan pada tahun 1927 di mana beliau mendirikan institut pengajian Islam pertama di Afrika Selatan. Beliau juga telah memegang jawatan presiden bagi IPCI (Islamic Propagation Centre International) yang meletakkan misi untuk menyebarluaskan mesej Islam ke seluruh dunia sebagai matlamat utama.




Sepanjang hayat dakwah beliau, Syeikh Deedat telah menghasilkan 20 buah buku yang telah diterjemahkan ke ratusan bahasa. Syarahan pertama beliau diberi tajuk “Muhammad (pbuh): Messenger of Peace”. Dari syarahan yang hanya sekadar didengari oleh 15 orang, pengikut Syeikh Deedat bertambah dan semakin bertambah mencapai angka jutaan. Syekh Deedat paling dikenali melalui sesi debat beliau dengan seorang paderi terkemuka Amerika, Jimmy Swaggart. Debat bertajuk “Is The Bible the Word of God” ini berlangsung di hadapan 8000 orang hadirin.


Di kalangan masyarakat Barat, Syeikh Deedat lebih dikenali sebagai seorang ulamak Bible berbanding ulamak Islam. Hal ini disebabkan pengetahuan beliau yang sangat mendalam mengenai bible. Melalui dakwahnya, Syeikh Deedat lebih banyak menggunakan Bible dalam berhujah terutamanya apabila berdepan dengan paderi-paderi Kristian. Pendekatan ini digunakan Syeikh Deedat adalah kerana sikap paderi-paderi Kristian yang umumnya enggan mengiktiraf sumber selain dari Bible. 





Pada 3 Mei 1996, Syeikh Deedat telah diuji Allah s.w.t dengan penyakit lumpuh. Oleh yang demikian, Syeikh Deedat telah hilang kemampuan untuk bergerak dan bercakap. Dengan hanya berbekalkan keupayaannya untuk menggerak mata, Syeikh Deedat meneruskan hayatnya sehinggalah Tuhan menjemputnya pada 8 Ogos 2005. Saat-saat hidupnya digunakan hanya-sanya untuk dakwah Islam. Usaha Syeikh Deedat ini tetap berterusan walaupun beliau hanya mampu terbaring di atas katil. Mesej Islam semasa sakitnya tetap sama dengan mesejnya semasa sihat. Hujjahnya tetap kuat dan teguh dalam berhadapan dengan paderi-paderi yang datang melawat.
  



Saksikan Video debat beliau

























Ini video beliau berdebat dengan paderi kristian yang termasyur

Tajuk debat-Adakah bible kalam Allah






Wednesday, December 7, 2011

Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik





Sahabat Sejati


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan
baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih
dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

kita kawan kan...???