Pages

Wednesday, October 10, 2012

Tony Blair Akui Kehebatan Al-Quran


Bekas PM Britain baca kitab setiap hari untuk fahami iman.

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.

"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi