Adalah dalam satu masa, saya ada terbaca isu berkaitan dengan kahak
dalam ibadah puasa. Tahu tak apa itu kahak? Kahak atau boleh dikenali
dengan nama manjanya “Gelema” merupakan cecair berlendir pekat yang
hampir serupa dengan cendol dengan warna hijaunya dan boleh jugak
bertukar fizikal, saiz dan warna mengikut keadaan. (HahaHa…istilah bikin sendiri la pulak).
Mengapa isu kahak ini pun menjadi persoalan, bahkan mungkin persoalan popular? Ini adalah kerana secara lazimnya ada juga yang menelan kahak ini
secara sengaja atau pun tidak. Ini kerana sifat kahak ini bila dah mula
melekat, susah jugak nak tanggal dengan sendiri. Kang digagah-gagah
untuk keluarkan dari kerongkong takut terkeluar sekali dengan
nasik-nasik masa sahur tadi. Oleh itu kebanyakkan orang mungkin
mengambil inisiatif dengan menelan sahaja kahak tersebut. Saya rasa
korang pun mungkin dan alami benda yang sama. Justeru itu adakah sah
puasanya?
Menurut apa yang aku baca pada satu sumber ini, tertanya dari sudut
tersebut adalah tidak batal puasanya. Namun dalam keadaan lain, ianya
menjadi khilaf. Dan berikut adalah jawapan yang diberikan:-
Kahak yang belum sampai ke anggota mulut, yakni masih berada pada had tengkuk tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir.Jika terdapat sebarang pendapat lain, diharap dapat kongsi bersama-sama disini sambil-sambil tunggu waktu berbuka nun….Jangan main kahak..Ingat!
Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Kedua-dua pendapat ini adalah pendapat yang muktabar di dalam Feqah Islam. Jadi, tidak boleh mencela pendapat yang bersalahan dengan pendapat yang kita pegang.
Syeikh Uthaimin (seperti yang saudara nyatakan) mentarjihkan tidak membatalkan puasa jika ditelan. Tetapi dalam masa yang sama beliau berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, ada dua persoalan:
Wallahu A’lam.
- Kahak yang sampai ke mulut haram ditelan.
- Jika ditelan tidak membatalkan puasa di sisi sebahagian ulama.
- Sumber