Pages

Monday, July 16, 2012

Pembunuhan besar-besaran di Treimsa oleh Regim Bashar

regim bashar
Pada hari Khamis (12/7/2012) yang lalu, satu lagi pembunuhan dan penyembelihan secara besar-besaran dilakukan oleh regim Basyar dan sekutunya setelah melakukan beberapa operasi penyembelihan Sunni secara besar-besaran sebelum ini. Kali ini tentera regim membunuh dan menyembelih lebih 250 masyarakat Sunni di Masjid Turaimisah, wilayah Hamah.
Para saksi penyembelihan di Turaimisah melaporkan bahawa jumlah yang gugur syahid lebih besar di rumah-rumah dan ladang-ladang pertanian masyarakat awam sekitar kota tersebut.
Masyarakat Sunni Turaimisah yang berjaya menyelamatkan diri daripada tindakan ganas tersebut masih terus mencari dan mengumpulkan syuhada’-syuhada’ yang bergelimpangan di jalanan, perumahan, dan ladang-ladang pertanian.Sumber-sumber masyarakat tempatan melaporkan bahawa majoriti masyarakat awam disembelih dengan pisau oleh tentera regim dan syabbihah Syiah Nusairi.
Majoriti syuhada’ yang gugur adalah dalam kalangan kanak-kanak dan juga para wanita. Belasan lagi syuhada’ yang ditemui dalam keadaan hangus rentung dibakar.
Masyarakat setempat melaporkan bahawa Turaimisah mendapat serangan dan gempuran sengit daripada tentera regim sejak semalam bermula pukul lima pagi waktu tempatan. Wilayah Hamah dikepung dari segenap penjuru dan kemudiannya tentera regim mengebom wilayah tersebut dengan senjata berat dua jam tanpa henti.
Kemudian mereka menyerbu ke dalam kota, memutuskan hubungan komunikasi dan juga bekalan elektrik. Seterusnya mereka membunuh dan menyembelih masyarakat awam yang tidak sempat melarikan diri.
Ternyata janji demi janji yang dilaungkan oleh Basyar adalah palsu dan merupakan penipuan semata-mata kepada dunia. Dimana pemimpin Islam ketika ini?