|
Abby Abadi bergambar kenangan dengan ahli keluarga Tuan Guru |
Abby Abadi sempat singgah ke rumah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tetapi
beliau
tiada kerana ke Kuala Lumpur untuk rawatan jantung. Ustaz Nik
Abdul, Isteri & anak yang menyambut Abby.
Abby yang sebelum ini
menyertai Pas dengan menyerahkan borang
keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat. Berikut adalah status yang dipetik dari Facebook Abby
Abadi:
Assalamualaikum, dgn berbesar hatinya Sy nk share yg mlm
tadi, 19/7/2012 bsamaan dgn hari Khamis, atas kesedaran sendiri, &
atas dasar menghormati & menghargai pengorbanan TGNA, TGAHA &
semua jemaah yg bersama PAS selama ini, Sy sudah menyerahkan borang kpd
TGNA di Dun Kubang Kerian, Kelantan utk menjadi ahli PAS seumur hidup,
Allahu akhbar!
Sebelum ni, Sy bkn tak sudi, tp Sy blum memahami yg mana agama &
politik tidak buleh dpisahkan. Bila Sy sudah smakin jelas dgn apa yg Sy
ingin perjuangkan bersama jemaah PAS, Sy mgambil langkah berani utk
smpaikan yg kita kena berbalik pd ALQURAN & SUNNAH krn sudah
tersasar jauh. Sedarlah yg kita berada diakhir zaman. Agama ALLAH yg
kita anuti ini perlu dimartabatkan sblm kita dijemput pulang.
Takkkkbiirrrr!!!
ps: sdikit pencerahan, hanya dr jalan politik kuasa pemimpin akan dpt
kita miliki. Tggungjawab bersama utk memilih pemimpin dr golongan kita
juga & Utk kehidupan yg lebih terjamin didunia & akhirat juga.
insyallah..
|
Abby dan anak anak di rumah Tuan Guru Nik Aziz |
|
Bergambar di hadapan rumah Tuan Guru Abby dan sekeluarga bergambar kenangan |
|
Abby Bergambar dengan Isteri dan Nik Abduh |
sumber