Dunia
kita penuh dengan tempat-tempat misteri yang menyembunyikan berbagai
rahsia tersendiri. Walaupun tamadun peradaban manusia semakin tinggi
namun misteri-misteri hasil penemuan tamadun kuno masih belum terungkai.
Tempat-tempat misteri ini menjadi perhatian golongan pengkaji dan juga
individu yang gemar mengembara. Mari kita lihat tempat-tempat yang masih
kekal misteri sehingga ke hari ini.
1. Easter Island
Terletak
di Chile, Easter Island diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh
UNESCO. Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal
dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai ‘moai’.
Patung-patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. Pelbagai teori
mengenai asal usul patung ini telah dicadangkan termasuklah teori
fantasi UFO.Walaubagaimanapun, sehingga kini para pengkaji masih belum
menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan
patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini..
2. Piramid Mesir
Piramid
Mesir merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138
piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan
hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan
dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun
pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan. Padanan setiap batuan
juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik
pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini.
3. Segitiga Bermuda
Segi
Tiga Bermuda terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar
dan 150 buah pulai kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya
adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak
berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah
komunikasi dengan dunia luar. Terdapat begitu banyak kes kehilangan
kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter dilaporkan berlaku di
Segi Tiga Bermuda ini.
4. Xinjian
Terdapat
satu tempat di Xinjian yang dipanggil “Moguicheng” atau kota iblis.
Pengunjung yang berada di situ mendakwa seolah-olah mendengar suara aneh
yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Sekiranya pengunjung berada di
situ pada waktu siang dan pada masa yang sama angin sepoi-sepoi,
pengunjung akan mendengar seolah-olah satu ritma manis yang seakan-akan
bunyi gitar dimainkan. Namun sekiranya pengunjung berada di situ saat
angin kencang, maka akan terdengar suara seolah-olah ngauman singa,
suara tangisan bayi ataupun bunyi serigala.
5. Stonehenge
Stonehenge
merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susuan batu-batu
besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen
ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini.
Antaranya ialah kemugkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama,
tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO.
Itulah
5 tempat paling misteri di dunia buat masa sekarang. Mungkin ada banyak
lagi misteri-misteri yang belum kita rungkaikan selama ini. Diharap
informasi yang Bro Nasa berikan ini memberi pengetahuan buat anda
semua..