Pages

Wednesday, May 9, 2012

Dosa meninggalkan solat

Dulu semasa muda mudi remaja, aku antara manusia yang selalu lalai dengan solat. Memang satu hari tak pernah full solat 5 waktu aku, terutama waktu subuh. Sejak aku dewasa nilah baru aku bersolat secukupnya. Kalau dikenangkan terlalu banyak dosa tak solat yang aku dah kumpul. Sebab balasan Allah kepada orang yang tidak bersolat sangat berat, malah lebih berat dari orang yang berzina. Bagi seorang lelaki seperti aku, selain gila dan pengsan tidak ada sebab untuk tidak mendirikan solat  waktu. Solat 5 waktu lebih berat dari solat Jumaat. Kalau kita sakit sehingga tidak mampu berdiri dan berjalan maka tidak wajiblah untuk bersolat Jumaat. Berbeza dengan solat 5 waktu, selagi otak waras berfikir maka ianya perlu ditunaikan walaupun kita lumpuh dan hanya mampu menggerakkan mata.
Siksaan Allah s.w.t kepada orang yang tidak bersolat sememangnya amat dasyat dan menggerunkan. Di bawah ini adalah bahana akibat meninggalkan solat 5 waktu.

dosa meninggalkan solat
Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Dari ohislam.com
Marilah kita sama-sama mengingat dan berusaha meningkatkan amal takwa kita kepada Allah s.w.t. kerana hidup kita bukannya lama lagi. Paling kuat pun 60-70 tahun. Itu pun kalau sampai, ajal bukan boleh diketahui bila ianya datang. Paling yang aku sedih bila ingat balik yang aku selalu abaikan kata-kata orang tua aku yang seringkali berleter pasal tinggal solat. Kalau dah tido, memang terlajaklah subuh. Kalau dah pergi padang main bola, memang tak Asarlah. Itu belum lagi dengan sikap aku yang suka melewatkan solat. Itu lah perangai remaja aku dulu yang kerap mengabaikan tuntutan agama. Bagi korang yang masih remaja ni beringatlah-ingatlah. Jika korang dah dewasa baru nak tersedar, maka bertaubatlah. Bukan senang kita nak meng qadho kan solat-solat yang kita tinggalkan bertahun-tahun. Bukanya kita ingat pun lagi solat apa yang kita tinggalkan.
Selain bertaubat harap diampunkan Allah s.w.t, cubalah kita mengqadhokan solat-solat yang ditinggalkan. Setiap kali waktu solat cubalah sembahyang 2 kali. Yang satu lagi tu dengan niat qadho. Buatlah berdasarkan tempoh dari korang mula baligh. Andaikata kita sudah baligh pada umur 15 tahun dan sekarang sudah berumur 30 tahun, maka doublekanlah setiap kali sembahyang selama 15 tahun lagi yakni berakhir korang qadho pada umur 45 tahun.
dosa meninggalkan solat
ihsan google
itu sahajalah yang kita boleh buat selain bertaubat nasuha tidak meninggalkan sembahyang lagi. Apapun ianya satu tindakan dari seorang hamba yang sudah menyesal dan mengakui kesilapan yang lampau. Dan ianya lebih baik dari insan yang masih belum sedar dan menyesal dari perbuatan meninggalkan solat walupun berumur diambang senja. Nasihat ni untuk diri aku terutamanya, dan saling mengingati juga kepada pembaca yang lain. Terlalu banyak kelebihan mendirikan solat kepada kita yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jika kita sudah merasai manisnya solat, barulah kita faham kenapa Allah s.w.t mewajiibkan kita bersolat.