Pages

Thursday, April 19, 2012

Robot Cheetah yang paling laju di dunia

robot cheetah 

Robot Cheetah seperti yang ada pada photo di bawah ini mampu berlari / bergerak dengan kelajuan 29 Km / Jam. 

Dengan kelajuan 29 Km / Jam, robot Cheetah yang dibangunkan oleh US Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) ini telah kembali memecahkan rekod yang sebelum ini hanya mampu bergerak dengan kelajuan 21 Km / jam.
Kelajuan tersebut berjaya dicapai Cheetah pada ujicoba di atas treadmill makmal. Ilmuwan DARPA berharap, robot akan dapat diujicoba di lapangan secepat mungkin.
Cheetah dibangunkan atas inisiatif DARPA dengan pembiayaan dari Boston Dynamics, syarikat di Massachusets. Projek Cheetah adalah projek pembangunan robot yang mampu bergerak cepat.
Versi cheetah yang ada saat ini masih bergantung pada pam hidraulik. Namun, di akhir tahun ini, prototaip robot yang bergerak bebas sudah siap.
Projek Cheetah sudah bermula dari bulan Februari 2011. Selain mampu bergerak cepat, Cheetah diharapkan boleh membuat gerakan zig zag dan berhenti secara tiba-tiba.
Noel Sharkey, professor kecerdasan buatan dari University of Sheffield mendedahkan bahawa rekod kelajuan yang dicetak oleh Cheetah mengagumkan. sumber: kompas, BBC
"Dengan kelajuan melebihi kecepatn manusia, ini adalah langkah maju pada pembangunan robot pembunuh yang bergerak cepat, yang mampu menakhlukkan medan perang untuk memburu dan membunuh," kata Sharkey.
"Perhatian terbesar saat ini adalah tak ada kecerdasan buatan yang boleh membezakan lawan dan orang awam, jadi jika ini beroperasi sendiri, dia akan melanggar undang-undang perang," tambah Sharkey seperti dikutip BBC, Selasa (6/3/2012).