Pages

Thursday, March 8, 2012

Bangunan Yang Terluas di Dunia (Top 10)

Bangunan Terluas di Dunia (Top 10)

1. Dubai International Airport, Dubai

Dubai International Airport adalah lapangan terbang terbesar di dunia, terdapat 97 eskalator, 157 buah lift, 180 check-in kaunter, dan kawasan parking yang berkapasiti 2600 kreta membuat lapangan terbang ini terpilih sebagai bangunan terluas di dunia dengan luas total bangunan mencapai 1,500,000 meter persegi.


2. Aalsmeer Flower Auction, Belanda

Aalsmeer Flower Auction adalah sebuah pusat pasar bunga dunia, dimana harinya jutaan bunga datang untuk dipasarkan ke seluruh Belanda dan juga Eropah, luas pasar bunga terbesar di dunia ini mencapai 990,000 meter persegi.


3. Beijing Capital International Airport, China

Beijing capital international Airport adalah antara airport terpenting di China. Airport ini berada di kedudukan kelapan tersibuk di dunia serta kedua terluas di dunia, luasnya mencapai 986,000 meter persegi.


4. The Venetian, Macau, China

Sebagai tempat perlancongan dan pusat perjudian terkenal dunia, Macau mempunyai sebuah kompleks yang di dalamnya ada kasino, hotel, mall dan sebaginya. The Venetian mempunyai semua fasiliti terbut. Luas The Venetian mencapai 980,000 meter persegi.


5. Berjaya Times Square, Malaysia

Berjaya Times Square yang terletak di Kuala Lumpur merupakan sebuah pusat membelih-belah dan hiburan antara yang terbesar di Malaysia. Di dalamnya terdapat dua hotel bintang lima, pusat membelih-belah, pejabat, taman, dan fasiliti mewah yang lain. Luas bangunan ini adalah 700,000 meter persegi.


6. The Palazzo, USA

Bangunan ini merupakan sebuah hotel dan kasino mewah yang berada di USA. Luas bangunan ini mencapai 645,581 meter persegi.


7. Pentagon, USA

Pentagon adalah pusat ketenteraan dan pertahanan USA, tidak hairan Pentagon mempunyai luas yang sangat besar, ini kerana terdapat banyak senjata dan berbagai jenis teknologi ketenteraan milik USA di Pentagon, luas seluruh bangunan ini mencapai 610,000 meter persegi.


8. K-25, USA

K-25, USA adalah sebuah pusat pengeluaran dan penyekidikan uranium milik USA yang berada di daerah Tennesee. Bangunan ini dibina pada tahun 1945 dan menelan kos sehingga 512 juta US dollar. Seluruh kawasan bangunan ini berkeluasan 609,000 meter persegi.


9. Hong kong International Airport, Hong Kong

Ke-9 terluas, Hong kong International Airport merupakan salah satu airport paling sibuk di dunia, bangunan ini berkeluasan 570,000 meter persegi.


10. Suvarnabhumi Airport, Thailand

Boleh dikatakan bahawa Suvarnabhumi Airport adalah antara airport yang terbesar di Asia Tenggara, dengan balai menunggu yang luas serta pentadbiran dan pengoperasian yang tidak kurang luasnya, jumlah keluasan keseluruhan bangunan ini adalah 563,000 meter persegi (tidak termasuk landasan kapal terbang)