Pages

Monday, November 28, 2011

(TIPS)Macam mana nak khusuk dalam Solat





Assalamualaikum semua.Hari ini ana mahu kongsi Tip yang sangat menarik untuk korang semua.
TIP UNTUK KHUSUK DALAM SOLAT..Hah tu lah tip yang ana nak kongsi kat korang semua.
Kebiasaannya ketika kita solat,macam-macam perkara yang melintas di kepala kita.CONTOHNYE--nak tonton cerita NARUTO lah,nak tengok Bola lah,nok g shoping lah,dan laen laen lagi...Benda nie akan buat kita tidak khusuk ketika solat..Jadi hari ini ana nak kongsi tip untuk khusuk dalam solat untuk korang semua..InsyaAllah menjadi...........>>>>>>>

1. Niat awal-awal nak khusyuk.

Maksudnye.. terjadi ketikdak khusyukan adalah disebabkan begitu banyaknye info-info dunia membelenggu otak kita dan info tersebut kita dah set kan penting. Seperti contoh "lepas ni nak update blog pasal Nora Elena", confirm nanti dalam solat / shalat korang akan teringat Nora Elena, muka dia, masa main dalam Slot Akasia dan macam-macam lagi. So bila korang dah niat awal-awal lagi, insyaallah korang bukan saje dapat pahala malah Allah jugak akan bagi korang pengertian dari Kekhusyukan.

 2.Baca Surah An-Nas

Sebelum kita nak memulakan solat,Baca surah An-Nas terlebih dahulu.InsyaAllah solat kita akan khusuk.Korang ingat tak surah An-Nas?????Pendek Jew....

3. Membaca ayat suci al-Quran secara tertib.

Kebanyakan dan saya sendiri kalau nak cepat tuh, al-fatihah pon baca laju-laju.. kalau dah fatihah pon lelaju apetah lagi surah-surah. haha.. yang lagi best langsung tak baca (tak wajib dalam shalat). Salah satu jalan lagi bagi mendapatkan kekhusyukan dalam solat / shalat adalah dengan ketertiban selama melakukan solat / shalat dan ianya merangkumi segala aspek semasa kita melakukan ibadah shalat. Bile kite melakukan ibadah secara tertib, secara automatik kita akan merasakan kepuasan semasa melakukan shalat.Selain tu,baca lah Al_fatihah tu dengan berlagu skit..baru khusuk

4. Membaca Fatihah dan Surah-Surah dan Memahaminya.

Yups.. mesti korang (saya jugak) merasa susah bila nak memahami ayat-ayat dari al-Quran.. But.. its easy.. kalau korang tak boleh nak paham dari surah-surah, fahamilah dan renung lah erti dari Al-Fatihah. Itu sudah memadai, dan (pengalaman saya sendiri) bile kite dah boleh memahami setiap dari ayat Fatihah tersebut maka diri kita akan merasakan bahwa ada kekuatan disebalik dunia ini.

Ok.. itu antara cara-cara untuk dapatkan khusyuk dalam shalat. Kalau korang rajin, boleh search di Google dengan keyword "Cara-cara khusyuk dalam shalat" insyaallah sangat banyak info yang korang akan dapat. ^_^