Pages

Friday, August 17, 2012

7 Mitos Sains Yang Tidak Tepat



1. Tidak ada graviti di luar angkasa
Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%. 

2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun. 


3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera
Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan - dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.

4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah
Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya - tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut. 

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan
Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana 'sisi tergelap' bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat
Fakta ini tidak masuk akal. Jika terdapat kuman dilantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa
Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 - 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.

Syiling Paling Mahal Di Dunia


Bukan ini syiling paling mahal di dunia

Sebut cerita syiling-syiling ni teringat zaman raya kecik-kecik dulu. Pada masa tu kalau dapat duit syiling 10 sen ke, 20 sen suka sangat dah. 50 sen tu payah nak dapat apatah lagi 1 ringgit. kalau raya dulu pusing betul satu kampung beraya dengan geng-geng satu kampung. Memang meriah, tapi budak zaman ni tak serupa dulu dah, dok terperok kat rumah je dah. Tak jalan-jalan beraya dah…

Berbalik pada cerita syiling paling mahal di dunia dikatakan dicetak pada tahun 1873 di Carson City, Nevada, Amerika Syarikat.

Berjaya dijual dengan harga USD1.8 bilion dalam lelongan di di Pennsylvania Convention Center di Philadelphia. Ia telah dipunyai kini oleh seorang pembeli yang hanya diketahui identitinya sebagai “No Arrows”.

Inilah rupa syiling paling mahal di dunia tu

Kisah syiling tersebut bermula ketika ianya dihantar ke Philadelphia untuk diuji dan dileburkan bersama syiling lain tapi telah diambil oleh seseorang untuk dijadikan cenderamata. Kini syiling tersebut muncul kembali dengan harga berbilion dan kini dalam koleksi peribadi “No Arrow”.
sumber

Tuesday, August 14, 2012

Misteri Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini

Gambar Hiasan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti ramai yang tidak tahu yang jasad Firaun sehingga kini masih terpelihara, jadi satu kajian telah dibuat oleh seorang saintis yang sangat terkenal dan akhirnya hasil atau keputusan yang didapati sangat memeranjatkan sehinggakan saintis tersebut memeluk islam setelah mengkaji penemuan mayat firaun pada pertengahan tahun 1975..



Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?


Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.


Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.


Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.


Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.


Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.


Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.


Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.


Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.


Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:


“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)


Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.


Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

sumber

Keburukan Menahan Bersin



Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.


Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

"Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko", kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.

Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya :

1 - Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2- Pecah gendang telinga.
3- Gangguan pendengaran.
4- Veritgo.
5 - Keluar mata dari soketnya.

Jadi sesiapa yang hendak bersin tuh, sila bersin dengan rela hati, jangan ditahan-tahan. Nanti keluar lak bijik mata korang. 

sumber

Yatt Hamzah Berguru Dengan Ustaz Azhar?



Menurut sahabat Cikgu Din yang juga orang kuat Nizar di Taiping, Yat Hamzah ke Taiping pada hari minggu lalu. Dia bersama dalam majlis iftar bersama tetamu di Taman Kuning Sari.

Yatt juga berkesempatan meminta mereka yang hadir supaya mendoakan beliau dan artis yang lain menjadi lebih baik. Kini juga bersama dengan kumpulan Usrah Fitrah, yang salah seorang gurunya adalah ustaz Azhar Idrus.

Yatt juga mengakui dia bukan ahli PAS tetapi berminat dan menyokong dengan perjuangan Islam.
sumber

Monday, August 13, 2012

Ustaz Azhar Disah ‘Haram’ ?



Ustaz Azhar disah ‘haram’ oleh Universiti Teknologi Mara(UITM). ‘Haram’ berkereta yang mempunyai pelekat Ustaz Azhar di UITM dan akan disaman.

Kasihan kepada pusat pengajian tinggi negara. Macam-macam cara nak memperbodohkan pelajar. Adakah dengan cara ini pelajar-pelajar akan menghormati tempat mereka mengaji?

Lebih baik UITM dan pusat-pusat pengajian tinggi meninggalkan budaya begini kepada pelajar. Budaya lapuk!!

Belambak lagi budaya-budaya buruk yang perlu diberi perhatian dan diambil berat oleh pihak universiti. Itu lebih baik!!
sumber

Friday, August 10, 2012

18 sebab jin merasuk manusia


Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
    "Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya".
Biasanya jin akan merasuk kaum wanita saja dan kaum lelaki nie jarang kena rasuk jin. Kenapa pula jin nie suka sangat merasuk wanita ? Hal ini kerana, wanita suka sangat nak bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat. Oleh itu, mudahlah para jin-jin ini untuk memikat korang dan menjadi sasaran utama golongan jin. So, wanita dekat luar sana kena ambil tahu tentang perkara ini.

Golongan jin ini bukannya merasuk secara suka-suka dan main 'hentam' saja nak rasuk orang. Jin nie pun pandai juga siapa yang akan menjadi mangsanya. Jin akan merasuk mereka yang tiada pendirian dan lalai dengan perintah Allah.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.

Tapi kita kena ingat ada juga golongan manusia yang menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Di sini ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Terdapat beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

sumber