Pages

Wednesday, August 1, 2012

Ustaz Azhar Idrus Jawab Persoalan Mengenai Kewujudan Dinosaur


Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, filem mengenai dinosaurjuga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini.

Tapi timbul persoalan benarkah dinosaur ini benar-benar wujud? Mengikut fakta sains, kewujudan manusia adalah selepas zaman dinosaur, tapi itu sains, bagaimana pula dalam agama? Ada yang bertanyakah persolan ini kepada Ustaz Azhar Idrus, adakah dinosaur ini wujud? Mari kita lihat apa Ustaz Azhar Idrus jawab.



-klik pic untuk tumbesaran-

Benar juga bukan? kalau dinosaur itu tidak wujud masakan kita boleh jumpa fosil atau tulang-tulang dinosaur tersebut. Tapi kenapa fosil dinosaur ini hanya dijumpai di sesetengah tempat saja ye? kenapa fosil yang lain menjadi petroleum?

Ada yang berpendapat dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinosaur itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah.. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinosaur ini telah menjadi mendap.

Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinosaur ini menjadi petroleum.
Wallahu a’lam 

Koleksi Mutiara Kata Dan Ayat-Ayat Motivasi Yang Menarik

Koleksi Mutiara Kata Dan Ayat-Ayat Motivasi Yang Menarik

 Ayat motivasi dapat menaikkan semangat kita .Post kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa mutiara kata dan ayat-ayat motivasi yang mampu untuk menaikkan semangat untuk berkerja


Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

(7) Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

(21) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Tips Mengatasi Bau Mulut Ketika Berpuasa

Koleksi Tips Mengatasi Bau Mulut Ketika Berpuasa
Selama menjalankan ibadah puasa, masalah bau mulut seringkali menimbulkan ketidakselesaan. Semasa berpuasa, pengeluaran air liur dalam mulut dan dalam saluran pencernaan berkurang sehingga menjadi lebih kering. Akibatnya timbul halitosis atau bau mulut. Bau mulut juga boleh disebabkan penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal akut. Sedangkan penyakit gigi dan mulut penyebab nafas tak segar di antaranya gigi berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis. Dalam hadtih ada menyebut yang bermaksud :

Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’”

(HR. Muslim no. 1151)

(1) Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah secara betul. Bersihkan sela-sela gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko kanser rongga mulut.

(2) Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.

(3) Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.

(4) Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, bengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.

(5) Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

(6) Perbanyak pengambilan air masak minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.

(7) Asap makanan probiotik seperti yogurt yang memelihara pencernaan dan menghalang bau mulut.

Kemegahan Dubai

Kita semua tahu bagaimana megahnya Dubai, UAE yang membina segala yang tertinggi, terbesar, terluas dan termewah.

Cita-cita tinggi dengan kemampuan yang ada, yang dibiayai oleh dolar dari sektor perdagangan dan pelancongan. Populasinya hanya 1.5 juta orang dengan 80 peratusnya berstatus pendatang lebih dari dari 150 negara. Fakta demografi ini, ditambah panorama ibarat kota New York dengan peraturan pakaian yang boleh dikatakan longgar, membuat Dubai seolah tidak berada di Timur Tengah.

Berikut lambang-lambang kemegahan Dubai:



PALM ISLAND – pulau buatan terluas didunia


KHALIFAH- Menara Tertinggi Dunia


BURJ KHALIFAH- Gambar sebenar


Aquarium terbesar di dalam BURJ KHALIFAH


BULJ Al ARAB- Hotel Tertinggi Dan Termewah


Kemudahan BULJ AL ARAB- Sangat Mewah


SKI DUBAI ~ Kawasan Peraginan Berhawa Sejuk


SKI DUBAI ~ Dalamannya , amat besar .

Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia




Rata-rata daripada pernah menonton rancangan program yang memaparkan sukan berbahaya iaitu orang yang paling lama bertahan di atas seekor seladang. Akibat daripada aktiviti tersebut, ramai yang telah terkorban, tercedera akibat tercampak kerana seladang merupakan haiwan yang sangat agresif. Namun terdapat seekor lembu gergasi jantan seakan-akan seekor serdang yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai bukan sahaja paling berat di Britain, tetapi mungkin juga di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lembu gergasi itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui. Lembu gergasi berjantina jantantersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat lembu gergasi itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat lembu gergasi itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu. “Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya,” kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu gergasi itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

Malaysia Tersenarai Antara Negara Paling Biadab Di Dunia



Negara kita Malaysia melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi masih ada satu yang tidak berubah. Perangai dan amalan kita. 

Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.

Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis. 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temujanji, tidak mengamalkan mengucap ” terima kasih ” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.

Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau tidak bukan diri kita?

Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S di Olimpik 2012


Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.
Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.
1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M
Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum.