Pages

Saturday, June 23, 2012

Keburukan Makan Hati Ayam

bahaya, senarai, keburukan, bahana, makan hati ayam, penyakit, senarai, makanan dalaman, manusia, orang, tidak digalakkan, nabi, rasulullah, islam, lembab otak, organ, toksin, umat islam, kandungan racun, bahan kimia, kesan, teratogenik, tubuh, ilmu sains, tidak sihat, yahudi, ajaran songsang, bunuh, ilmu hadis, mudharat lain


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.
sumber

Susu Dapat Mengatasi Nafas Berbau


Sekiranya anda mempunyai masalah nafas berbau busuk,segelas susu dipercayai mampi mengatasi maslah tersebut.Dalam satu ujian menggunakan bawang putih yang dimasak dengan susu,didapati tahap sulfur dalam bawang putih tersebut menurun sekaligus mengurangkan bau busuk.

Penemuan oleh Sheryl Barringer dan Aeerat Hansanugaran dari Universiti Ohio itu di muatkan dalam Journal of Food Science.Jelas mereka,bagi kesan optimum,minum susu tersebut bersama bawang putih.

Campurkan kedua-dua bahan tersebut dalam mulut sebelum tersebut ditelan mampu meneutralkan bau busuk nafas berbanding minum susu selepas memakan bawang putih.
sumber

Pemain Bola Fulham Peluk Islam

kisah peluk islam, benar, pemain bola, fulham, masuk, anut, professional swiss, kelab, bola sepak, british, kebenaran, mengucap kalimah shahadah, pusat islam, dakwah, gambar, minat, buku agama, padang bola, paderi, bukan, agama dunia
Pemain Fulham Peluk Islam


LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bola sepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.

Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

"Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai," kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

"Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi," tambahnya.

Thursday, June 21, 2012

Bahaya DudukTerlalu Lama?

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh American Journal of Epidemiology, duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian. Selain daripada itu, ia juga akan meningkatkan risiko sakit belakang. Mungkin disebabkan faktor ini kebanyakan tempat kerja, kilang khususnya lebih menggalakkan supaya pekerja mereka bekerja didalam keadaan berdiri. Antara kesan sampingan lain akibat duduk terlalu lama adalah..

(1) Arthritis - Penyakit athiritis atau lebih dikenali dengan penyakit gout, adalah merupakan penyakit pembengkakan pada bahagian sendi. Seseorang yang duduk terlalu lama kebiasaannya akan kurang untuk menggerakkan bahagian sendi mereka dan akibat daripada faktor ini akan meningkatkan lagi peratus penyakit gout.

(2) Obesiti - Seseorang yang duduk terlalu lama boleh juga disimpulkan sebagai seorang yang kurang aktif.Ini bermakna tiada proses pembakaran lemak yang berlaku dan akan mengakibatkan peningkatan tahap kolesterol didalam tubuh mereka.

(3) Posture badan yang rosak - Posture badan seseorang yang duduk terlalu lama kebiasaannya akan membongkok sedikit. Ini disebabkan kerana tekanan yang dihadapi oleh tulang belakang untuk menampung berat seseorang ketika duduk.

(4) Tekanan darah yang rendah - Disebabkan seseorang yang duduk terlalu lama kebiasaannya tidak aktif, ia akan melemahkan jantung mereka untuk mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Ini akan membuatkan seseorang akan berasa cepat letih, mudah pitam atau sebagainya.

(5) Penyakit jantung - Disebabkan tiada proses pembakaran lemak yang berlaku dan peningkatan terhadap tahap kolesterol, risiko untuk seseorang yang duduk terlalu lama untuk menghidap penyakit jantung juga akan meningkat



Sumber

Cili Kala Jengking Paling Pedas Di Dunia


Cili ini tak boleh dipegang tanpa sarung tangan kerana kesan panas kepedasan yang sangat dahsyat.Kalau nak masak pula mesti memakai topeng dan pakaian perlindungan yang sempurna.


Nama cili ini Trinidad Scorpion Butch T, telah diiktiraf oleh Guinness sebagai cili terpedas di dunia dengan ukuran 1.463.700 unit panas Scoville.

Bolehkah Kita Membunuh Semut?

Boleh tak Kita Bunuh Semut????

Semut merupakan serangga yang sangat kecil dan mudah ditemui di mana-mana tempat. Namun kehadirannya kadangkala menyebabkan kita terus membunuh semut tersebut. Namun bolehkah kita membunuhnya? 

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; “Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad“. Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula suatu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali.

Mungkin sukar apabila berhadapan dengan semut yang begitu banyak. Namun usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. 

Kisah Wanita Tua Penyayang Ketika Menunaikan Haji


Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam