Pages

Friday, April 20, 2012

Fotografi terbaik tanpa edit photoshop

Menggunakan software Adobe Photoshop pada zaman nie tak asing lagi pada kita kan.Memang tak dinafikan hasil gambar yang diedit dengan menggunakan Photoshop adalah amat mengagumkan tapi kali nie kita nak tengok hasil gambar yang mengagumkan tanpa bantaun Photoshop.

10 "Remote Control" yang Pelik dan Kreatif

Remote Control atau alat kawalan jauh memang satu keperluan bagi kita bila duduk jer depan tv tapi korang rasa perlu tak beri kelainan pada rekabentuk remote control kita?Kat bawah nie dikumpulkan pelbagai jenis remote control yang mungkin kita xpernah lihat atau mungkin kita xpernah terpikir bentuk sebegini boleh terjadi.Jom layan gambar.

Daun Pisang Tiruan Di Restoran Mamak Di Dakwa Merbahaya

Daun Pisang Tiruan Di Restoran Mamak Merbahaya. Kementerian Kesihatan akan meneliti dakwaan bahawa “daun pisang tiruan” yang digunakan oleh beberapa restoran India membahayakan kesihatan.

“Kami akan mengesahkan apa bahan-bahan yang digunakan untuk membuat daun tiruan ini,” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman ketika dihubungi, Rabu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab tuntutan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa “daun” telah dicelup dengan warna hijau dan mungkin mengandungi sisa dakwat sisa yang membahayakan.
Dalam sidang akhbar, Rabu, Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata “daun pisang tiruan” yang digunakan oleh restoran-restoran boleh membahayakan kesihatan kerana dibuat daripada surat khabar yang dikitar semula.
Beliau berkata bahan tambah yang digunakan boleh mengeluarkan bahan kimia apabila makanan panas dihidangkan di atas daun.

“Saya mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan terhadap pengusaha restoran yang menghidang makan di atas daun pisang palsu,” katanya.
“Kajian menunjukkan bahawa permukaan daun pisang juga mempunyai ciri-ciri antibakteria. ”Ianya terbiodegradasi, tidak seperti daun kertas yang tidak mesra alam,” kata Mohamed Idris
Beliau mendakwa pengusaha restoran cuba mengurangkan kos kerana kos daun pisang kertas hanyalah RM5.50 setiap timbunan yang mengandungi 100 helaian berbanding daun sebenar yang menelan kos sehingga 30sen setiap helaian. Sementara itu, pengendali restoran India yang popular di sini berkata daun pisang kertas telah disahkan oleh Sirim.
“Kami telah menghantar sampel untuk ujian awal tahun ini dan diberitahu bahawa ia mematuhi kehendak Akta Makanan Malaysia,” kata Pengurus Restoran Kanna Curry House, Muthu Kumar. Restoran itu berkata perubahan itu dibuat demi kebersihan dan kerana kekurangan daun pisang di negara ini.

3D Glasses.Anda Patut Cuba..

Salam Blogger.Akhirnya 3D Glasses telah menjadi milik Amir setelah lama amir inginkan benda nie..Amir beli nie dalam internet.Tujuan sebenar amir beli spec 3D nie cuma Amir nak test je betul ke gambar boleh keluar bila kita Pakai 3D galsses nie..


Nie 3D Glasses yang amir beli dalam internet..Sebenarnya Amir beli 2..Yang murah satu dan yang mahal satu..Sebenarnya ia sama je..Cuma yang kat atas nie kemas sikit...Yang kat atas tu yang mahal skit..

Klau yang biasa anda lihat yang warna putih tu,yang tu murah saja..semua orang boleh beli..Amir beli tu dalam RM10 je.Murah kan??


MANA AMIR DAPAT BENDA NIE?
Kedua-dua 3D glass tu amir dapat dalam internet..Internet tu kat mana?haha..Mesti korang semua kenal laman web http://mudah.my
Amir beli kat dalam tu lah..Korang taip jew 3D glasses..Banyak ada kat dalam tu..Cuma korang pilih lah korang nak yang macam mana.


MENJADI KE 3D GLASSES Ni?
 Hah mesti korang nak tahukan menjadi ke tidak bila Pakai 3D glasses nie..Jawapan ye menjadi lah bila korang pakai 3D glasses macam yang Amir punya tu..Jenis 3D glasses yang amir punya tu ialah RED AND CYAN..Sebab apa amir pilih yang nie??jawapannya sebab kat dalam youtube tu kebanyakkannya video 3D yang RED AND CYAN


Ini yang amir maksudkan


Cuba korang lihat video kat atas tu tanpa menggunakan 3D glasses..Mesti korang tak akan nampak Ipad tu keluar..Kalau korang pakai Spec 3D RED AND CYAN macam yang amir punya tu..Korang akan lihat Ipad tu datang ke arah korang..Sebab tu korang lihat video tu berbelang merah dan biru...




Amir rasa setakat ini saja coretan Amir pada kali ini..Kalau korang ada sebarang pertanyaan boleh comment kat bawah tu.. Sesiapa yang dah ada 3D Glasses kat rumah tu,enjoy lah tengok video kat atas tu..

Gundam Saiz Sebenar Setinggi 18 Meter!

Robot Gundam bersaiz sebenar setinggi 18 meter telah dibina dan dijadikan penyambut tetamu disalah sebuah pusat membeli belah di Tokyo yang mula dibuka pada Khamis lalu.
Robot yang dipamer di Diver City Tokyo Plaza ini adalah inspirasi daripada animasi popular Jepun yang diterbitkan pada tahun 1979 yang dinamakan sut mobil kerana dikawal dari dalam oleh jurupandu.
Berikut adalah gambar-gambar Gundam ketika dalam pembinaan.






Komen:- Taksub gila diorang ni.. bagi peminat-peminat kartun animasi ni pasti teruja..
 

Thursday, April 19, 2012

Solat Subuh : Susah atau Senang Menunaikannya ?



Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.


Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.


Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Rasulullah SAW bersabda:
((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))
Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.
Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid/dirumahnya maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya.

Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid/rumahnya waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya.

Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan.

Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

TEPUK DADA TANYA IMAN...JANGAN TANYA SELERA....
FIKIRKAN DAN BERTINDAK....JIKA TIDAK MAHU TERUS DIKUASAI NAFSU DAN BISIKAN SYAITAN DURJANA..

5 Kelebihan Kesihatan Berjalan Kaki ke Masjid


Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan hari ini Jumaat, berikut adalah lima kelebihan kesihatan berjalan kaki ke masjid untuk sembahyang Jumaat dan juga Terawih.


  1. Membakar kalori Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.

  2. Jimat masa Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid – ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan lebih mudah untuk merancang masa.

  3. Ketenangan mental Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing – umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.

  4. Ia bentuk senaman Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.

  5. Lebih baik untuk alam sekitar Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).Jadi sekiranya masjid tidaklah terlalu jauh dari rumah ataupun pejabat anda, cuba berjalan kaki dan sekiranya anda sembahyang di Masjid Wilayah Persekutuan, look out for me on the roads.

Jadi sekiranya masjid tidaklah terlalu jauh dari rumah ataupun pejabat anda, cuba berjalan kaki dan sekiranya anda sembahyang di Masjid Wilayah Persekutuan, look out for me on the roads.

sumber