Pages

Friday, March 9, 2012

Video Menarik Kisah Nabi Muhammad S.A.W dan Islam


Ini kisah mengenai kerasulan Rasullullah SAW yang difilemkan dan telah di sahkan kesahihannya faktanya oleh University Al-Azhar Mesir. Keperibadian Rasulullah secara fizikal tidak ditunjukkan. 

Selamat menonton dan menghayatinya agar kita peroleh maanfat dan pengajaran yang berguna. InsyaAllah.
 
Part 1
 Part 2
Part 3
 
 

Hikmah Haram Makan Babi


Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir 

Pada tahun 1918, virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia. 

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(Sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 ) 

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.
(Sumber: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1) 

Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Khinzir? 

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa. 

Manakala di sekitar tahun 50-an pula, kita dikejutkan dengan cacing Trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit Trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.
(Sumber: Washington Post , 31 Mei 1952) 

Virus-Virus Daripada Khinzir 

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah S.W.T. telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci. 

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.

(Sumber: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997) 

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. 

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20. 

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918.
(Sumber: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000)

Hackers Musnahkan 4 Laman Web Hina Islam


Sebuah kumpulan penggodam yang bergelar Dragon Force berjaya memusnahkan laman web menghina Islam termasuk laman web “Burn The Quran’ yang secara terang terangan menghina Islam dengan menyediakan aplikasi bagi membolehkan pelawat laman web itu membakar Al Quran. Sebelum ini, mereka berjaya melumpuhkan Group Facebook yang ditubuhkan penyokong kelab murtad di Malaysia dan Singapore. 

Laman web rasmi Erykah Badu turut digodam


Group Facebook Murtad in Malaysia and Singapore berjaya dimusnahkan

Tahniah kepada sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ .

Selain melumpuhkan web hina islam mereka juga telah beberapa kali berjaya melumpuhkan website-website israel dan laman facebook yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura baru-baru ini .

Thursday, March 8, 2012

Solat Jumaat di Jalanan London

Jemaah solat Jumaat di jalanan London

‘Mekah’ di tengah-tengah London. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.

Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.

”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.

Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat. Kegiatan selama satu jam di tengah-tengah kawasan kewangan kota London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.

Pekerja yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan letak kereta.

Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.

Islam semakin berkembang di Kota London

Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga ingin menjalankan solat Jumaat. Dan ini menyebabkan jemaah solat Jumaat melimpah sehingga ke jalan.

“Keadaan ini semakin ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini” kata seorang pekerja yang masih memakai pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang terkejut ketika mereka datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka dapat melihat ramai orang yang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat betul-betul di tengah Kota London.

Penambahan umat Islam di Eropah menyebabkan banyak tempat-tempat ibadah seperti kuil yahudi dan gereja bertukar milik menjadi tempat ibadah bagi umat islam

Rasulullah Dan Pendita Yahudi, Zaid bin Sanah


Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a.

Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.

Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."

Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."

Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."

Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."

"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.

Zaid bin Sanah pun membeli buah kurma yang baik-baik lalu menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan perjanjian-perjanjian tertentu dan akan dibayar kembali dalam jangka waktu yang tertentu pula. Sebaik saja Rasulullah s.a.w menerima kurma itu, lalu diarahkan supaya buah kurma tersebut diserahkan dan dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung yang ditimpa bencana itu.

Berkata Zaid bin Sanah, "Dua atau tiga hari sebelum tiba tempoh perjanjian pengembalian pinjaman seperti yang ditetapkan dalam perjanjian itu, Rasulullah s.a.w keluar menziarahi orang mati bersama Abu Bakar, Umar, Usman dan beberapa orang sahabat yang lain.

Setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut, Rasulullah s.a.w pergi ke suatu sudut untuk duduk lalu saya menghampirinya dengan memegang erat-erat bajunya dan berkata kepadanya dengan sekasar-kasarnya. "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku, aku tahu bahawa seluruh keluarga Abdul Mutalib itu selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang!"

Mendengar kata-kataku yang kasar itu, wajah Umar bin Khattab merah padam kemarahannya, lalu berkata, "Hai musuh Allah, engkau berkata begitu kasar terhadap Rasulullah dan berbuat tidak sopan. Demi kalau tidak kerana rasa hormatku terhadap Rasulullah s.a.w yang berada di sini, sungguh tentu akan ku potong lehermu dengan pedangku ini."

Rasulullah memandang Pendita Yahudi tersebut dalam keadaan tenang dan biasa saja, lalu berkata kepada Umar, "Hai Umar, antara saya dengan dia ada urusan hutang piutang yang belum selesai. Sebaik-baiknya engkau menyuruh aku membayar hutang itu dan menganjurkan kepadanya untuk berlaku baik menuntut hutangnya. Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan kurma, bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 gantang sebagai hadiah untuk menghilangkan rasa marahnya."

Setelah Umar membayar hutang itu dengan tambahan tersebut, lalu Zaid bin Sanah pun bertanya kepada Umar, "Kenapa ditambah hai Umar?" Berkata Umar, "Diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w tambahan ini sebagai imbangan kemarahan engkau."

"Hai Umar, kenalkah engkau siapa aku?" Tanya Zaid bin Sanah. "Tidak." Jawab Umar.

"Akulah Pendita Zaid bin Sanah."

"Engkau ini Pendita Zaid bin Sanah?" Tanya Umar agak terkejut. "Ya." Jawab Zaid bin Sanah ringkas.

"Kenapa engkau berlaku demikian rupa terhadap Rasulullah s.a.w? Engkau berlaku begitu kasar dan begitu menghina?" Tanya Umar lagi.

Zaid bin Sanah menjawab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya. Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu.

Dengan kejadian itu hai Umar yang sengaja diatur, aku sudah tahu dan lihat sendiri kedua sifat itu terdapat pada diri Muhammad itu. Aku bersumpah di depanmu hai Umar, bahawa aku sungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan ikutanku."

Umar dan Zaid bin Sanah pun kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w. Sebaik saja berhadapan dengan Rasulullah s.a.w, lalu berkata Zaid bin Sanah, "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya."

Zaid bin Sanah turut berjuang dan bertempur bersama Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin hampir di setiap medan perang dan akhirnya mati syahid di medan Perang Tabuk.

Demikianlah caranya bagaimana Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi menganut Agama Islam , beriman dengan Rasulullah s.a.w dan bersumpah akan membela Islam sehingga akhir hayatnya.

Risalah Injil Kuno Dijumpai - Jesus Meramalkan Kedatangan Nabi Muhammad saw

Naskah Injil berusia 1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.

Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut adanmenyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi. 

Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat sendiri Injil kuno ini.

Bahkan Injil ini mencetuskan minat yang serius dari kalangan orang besar Vatican. Paus Benedict XVI mengaku ingin melihat buku 1,500 tahun yang lalu ini. Kebanyakan orang ramai mengjangkakan Injil ini adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh Turki selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 2000. 


Tulisan berharga 14 juta pound yang menggunakan bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus)

Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam kehidupannya di dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli Jesus serta ramalan kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa. 

Kawasan pengguaan bahasa Aramik dan lain-lain bahasa

Injil kuno berusia 1,500 tahun ini yang menggunakan kulit haiwan, ditemui polis Turki semasa operasi anti penyeludupan pada tahun 2000 lalu. Injil kuno ini sekarang di simpan di Muzium Etnografi di Ankara, Turki. 

Muzium Etnografi di Ankara, Turki yang menyimpan Injil Kuno ini

Menteri Budaya dan Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengatakan bahawa buku tersebut boleh menjadi versi asli dari Injil. Injil ini juga boleh mengakibatkan keyakinan Gereja Kristian yang menganggap Nabi Muhammad saw bukanlah penerus dan melengkapkan lagi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as terhapus sama sekali tanpa boleh disangkal lagi.

Gunay juga mengatakan pihak Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk melihat kitab dari teks yang kontroversi ini menurut keyakinan Kristian. Kitab ini berada diluar pandangan agama Kristian seperti dari pandangan kitab Injil yang lain seperti Markus, Matius, Lukas dan Yohanes.

Lihat video Injil Kuno di bawah.

Tips-tips belajar yang berkesan

Tips-tips belajar yang berkesan

Belajar ‘last minute’ adalah tidak efektif. Sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum exam perlu melakukan revision. Ada sepuluh cara pintar supaya waktu belajar kita menjadi efektif.

1. Belajar untuk memahami, bukan sekedar menghafal
Ya, fungsi utama kenapa kita harus belajar adalah memahami hal-hal baru. Kita boleh hapal 100% semua isi pelajaran, tapi yang lebih penting adalah adakah kita sudah memahami semua material yang dihafal itu. So, sebelum menghafal, berusahalah untuk memahami dahulu isi kandungan pelajaran itu.


2. Membaca adalah kunci belajar
Untuk pemahaman yang maksimum, membaca berulangkali adalah caranya. Lebih baik lagi jika membaca material pelajaran sebelum dan selepas kelas.

3. Mencatat isi-isi penting pelajaran
Jangan membuat nota pelajaran yang panjang. Ambil isi penting atau kesimpulan dari setiap pelajaran yang pelajari. Kata-kata kunci inilah yang akan berguna sewaktu kita mengulangkaji pelajaran sebelum exam.

4. Menghafal kata-kata kunci
Kadang-kadang, tidak perlu menghafal isi-isi pelajaran yang banyak dan panjang. Ambillah kata kunci supaya mudah untuk otak kita mengiatinya. Misalnya, kata kunci untuk menghafal warna-warna pelangi adalah MEJIKUHIBIU, maksudnya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

5. Pilih waktu belajar yang sesuai
Waktu belajar yang paling sesuai adalah semasa badan kita dalam keadaan segar. Jadi, tidak semua orang mempunyai waktu belajar sesuai yang sama. Tetapi, biasanya waktu pagi adalah waktu yang sesuai kerana kita mempunyai tumpuan yang tinggi. Gunakanlah saat ini untuk mempelajari isi-isi yang belum diajar atau untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya subjek yang kita lemah.

6. Mewujudkan suasana belajar yang tenang
Banyak hal yang boleh membuatkan suasana tempat belajar yang tenang. Contohnya, memasang lagu yang sesuai dengan mood belajar kita. Tempat belajar juga boleh dipelbagaikan untuk mengelakkan kebosanan dengan tempat-tempat tertentu, asalkan tumpuan kita tidak diganggu oleh pihak/unsur lain.
7. Belajar secara berkumpulan (study group)
Untuk keberkesanan yang maksimum, buatlah group lebih-kurang 5 orang, tak terlalu ramai dan tidak sedikit. Suasana belajar seperti ini biasanya dapat memberi kita ekstra maklumat dan kurang membosankan.

8. Buat banyak latihhan
Sebenarnya kita boleh melatih sendiri kemampuan otak kita. Pada akhir setiap bab pelajaran, buatlah latihan-latihan yang berkaitan. Oleh itu, kita akan tahu kemampuan kita dan dapat mengenal pasti masalah kita dan seterusnya mengatasi setiap masalah yg kita hadapi dengan bertanya kepada kawan atau guru kita.

9. Kembangkan bahan yang sudah dipelajari
Cubalah untuk selalu bertanya tentang apa yang telah kita pelajari. Carilah sebanyak yang boleh maklumat dari internet atau mana-mana rujukan lain. Cara ini boleh mengembangkan lagi pengetahuan kita.

10. Sediakan waktu untuk istirahat
Ambillah sedikit masa untuk berehat setelah penat mengulangkaji. Merehatkan otak kita penting supaya otak boleh menerima maklumat baru dengan mudah. Selain itu, kita juga akan dapat berfikir secara baik dan teratur.