Pages

Monday, October 31, 2011

Didiklah anak dengan baik

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “la ilaaha illa Allah”. Riwayat al-Hakim

Kalimah tauhid adalah merupakan asas aqidah dan prinsip tauhid dan iman. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar memulakan hidup setiap anak dengan memperdengarkan kalimah tauhid menerusi laungan azan dan iqamah ke telinga mereka selepas dilahirkan. Kanak-kanak adalah individu yang mudah diajar. Oleh itu anak-anak yang membesar dengan mendapat didikan agama yang cukup dan sempurna akan mudah dilentur. Mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang buruk apalagi ajaran-ajaran yang dibawa oleh golongan yang kufur dan sesat sekiranya ibu bapa tidak mengabaikan peranan dan kewajipan mereka.

(Nasihat)Siasat Terlebih dahulu sebelum bertindak





KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN! (gambar diatas adalah contoh sahaja)

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".


Sunday, October 30, 2011

Sebelum Korang Tidur Pastikan Korang Buat Benda Nie


Assalamualaikum,hari ini ana nak berkongsi benda yang penting perlu korang lakukan sebelum anda tidur..
Tapi korang kena baca sampai habis,kalau tidak anda tidak akan tahu apa yang ana nak sampaikan...


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allahhumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Thursday, October 27, 2011

PERINGATAN!!!Maksiat yang menurunkan bala Allah SWT

 Allah turunkan bala bukan saja-saja..Allah turunkan bala adalah untuk membuatkan kita semua insaf dan bertaubat serta kembali kepada ALLAH SWT.
Firman Allah SWT:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).

Jadi,jika kita tak nak Allah Turunkan BALA,,JANGAN BUAT MAKSIAT NIE.......>>>>Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.



FirmanNya:

أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An'aam(6).

.:BALA ALLAH SWT:.

Sekarang nie,macam-macam  maksiat yang telah dilakukan oleh manusia.Orang kafir ke  orang Islam ke sama jew. Walaupun diri telah bergelar Islam,buat maksiat kepada Allah tu hobi bos.Apa erti kita memeluk islam.??Skrg ni, berzina, buang anak, dan seumpanya menjadi perkara biasa.Buang anak dan berzina tu bukan perangai org Islam.Itu semua perangai org Jahiliah.

Kalau Allah turunkan bala, bukan hanya orang tertentu yang kena ataupun orang yang buat maksiat tu yang kena.. Tapi bila bala ALLAH SWT turun ,Semua org yang akan kena,tidak kira lah orang tu buat maksiat ke ataupun orang tu tak buat maksiat,SEMUANYA AKAN KENA BALA ALLAH.Oleh Sebab itu,sentiasa ada org yang melarang kita buat maksiat..tapi nak buat macam mana, zaman skrg bila kita larang seseorang tu buat maksiat,orang tu akan marah kat kita.Macam macam dia akan cakap dekat kita antaranya ialah 'SUKA CARA TEPI KAIN ORANG',,'JANGAN CARA HAL AKU' dan macam macam lagi..Kita larang dia buat maksiat bukan sebab kita nak cara Tepi Kain DIorang.Kita larang diorang buat maksiat sebab  kita tak nak Allah turunkan bala kat kita.
Allahuakhbar...

(nasihat)Nasib seorang IBu apabila anak sudah berumah tangga


SEORANG IBU ♥
Apabila sudah berumah tangga nnti :)

Bila seronok, aku cari Pasanganku...
Bila sedih, aku cari Mak...
Bila berjaya, aku ceritakan pada Pasanganku...
Bila gagal, aku ceritakan pada Mak...

Bila bahagia, aku peluk erat Pasanganku...
Bila berduka, aku peluk erat Emakku...
Bila nak bercuti, aku bawa Pasanganku...
Bila sibuk, aku hantar anak2 ke rumah Mak...

Bila sambut valentine Aku bagi hadiah pada pasanganku...
Bila sambut hari ibu Aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"...
Selalu Aku ingat pasanganku...
Selalu Mak ingat kat aku...
Bila-bila Aku akan talipon pasanganku...
Entah bila Aku nak talipon Mak...
Selalu Aku belikan hadiah untuk pasanganku...
Entah bila Aku nak belikan hadiah untuk Emak...

Renungkan:

"Kalau kalian sudah habis belajar dan berkerja...

Bolehkah kalian kirim wang untuk Mak kalian semua?
Mak bukan nak banyak........"lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita sebagai seorang anak mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada nanti..........baru kata

EMAKKKKK!!....KITA SAYANG MAK!!....KITA RINDU MAK!!....KENAPA MAK TINGGALKAN SAYA!!....

Berapa ramai yang sanggup menyucup dahi ibunya sendiri..........
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya suatu hari nanti..........
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya suatu hari nanti.......
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya suatu hari nanti........
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya suatu hari nanti......
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya suatu hari nanti. .....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

"SEBAGAI SEORANG ANAK, SAYANGILAH IBU ANDA SEBAGAIMANA DIA
MENYAYANGI ANDA SEJAK KECIL HINGGA SEKARANG SEBELUM SEMUANYA TERLEWAT".........

by:malaysia comunity

http://www.facebook.com/malaysian.community

Tuesday, October 25, 2011

Surah Pendek TAPI Hebat





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan anda