Pages

Tuesday, October 25, 2011

Surah Pendek TAPI Hebat





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan anda

DUNIA SEKARANG '' Ulama dikeji artis disanjung''


"Ulama dikeji artis disanjung" Ini adalah slogan masa kini..

Kenapa kita suka sangat nak sanjung artis?? 
Apa yang kita boleh kalau kita sanjung artist?? 
Boleh dosa ada lah.Kenapa kita tak nak sanjung ulama sedangkan ulama itu pewaris para nabi.Jadi jika ulama itu pewaris Nabi kenapa kita masih mahu sanjung artist..Kita hanya pandai cakap yang kita nie orang islam.Apa erti kita memeluk islam kalau artist kita sanjung dan ulama kita benci.Hormatilah para ulama dan orang yang berilmu..HORMATILAH MEREKA.
Macam mana nak hormat mereka?? 
Cara yang paling mudah ialah apabila kita berjumpa dengan ulama/orang yang berilmu,kita pergi dekat mereka dan kita hulurkan tangan kita untuk bersalaman dengan mereka.Ini adalah salah satu cara untuk menghormati mereka.INGAT!!Tidak rugi kita bersalaman dengan ulama dan kita cukup rugi jika kita bersalaman dengan artist..Jika kita bersalaman dengan ulama,akan gugur semua dosa dosa kecil kita,tapi kalau kita bersalaman dengan atrist apa yang akan gugur???adakah dosa-dosa kita akan gugur sekiranya kita bersalaman dengan artist????Korang fikir-fikir lah sendiri.
 

Rasulullah S.A.W Bersabda :

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (Warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Hadith ini diriwayatkan Imam Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majjah.)

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.
(Surah An-Nahl : 43)


Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya,
Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami. - (Riwayat Ahmad).

Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

Sunday, October 23, 2011

Kenapa manusia sekarang Jadi macam NIE!!!

 
Manusia Oh manusia........ Pernah tak benda nie terjadi pada diri anda????
Cuba anda baca kat bawah nie>>>
Betul tak Bila kita jadi jahat, ORANG AKAN BENCI KITA
Bila kita jadi baik, ORANG AKAN MELUAT DENGAN KITA
 
Betul tak Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Tapi Bila kita langgar suruhan agama,pandai pula  diorang  kata "ASTAGHFIRULLAH.
 
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?! ataupun 'KAU JANGAN CARA HAL AKU AR'"
Tapi Bila orang tak bagi nasihat diorang akan susah hati
.
APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"..KEnapa bila org buat sesuatu perkara,mesti  ada benda yang kita tak puas??Bila org buat baik kita benci,bila org wak jahat  pun kita benci,bila org bagi nasihat kita tak puas hati,bila org tak bagi nasihat kita susah hati!!!

FIKIR FIKIRLAH SENDIRI........BiLa NAK KIAMAT,DUNIA  MEMANG AKAN JADI MACAM NIE..SEMUANYA AKAN JADI KUCAR-KACIR.
 

Selawat Ke Atas Rasulullah SAW memang BEST


Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW hendaklah sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad kerana Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan,Nabi Muhammad berpesan.''Sesungguhnya org yg paling dekat denganku pada hari kiamat adlh org yg paling byk berselawat kepadaku.''.Subhanallah,alangkah seronoknya kita sekiranya kita adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah di Akhirat kelak.
Selain itu.,Byk lagi kelebihan yg kita akan dpt sekiranya kita berselawat kepada Nabi Muhammad antaranya ialah

Malaikat Israfil A.S. akan sujud kepada Allah dan ia tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang yg berselawat kepada Nabi Muhammad.

Malaikat Jibril berjanji kepada Rasulullah:'Wahai Rasulullah,brgsiapa yg m'baca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sbyk 10 kali,maka akan sy bimbing tangannya dan akan sy bawa dia melintasi titian sprti kilat menyambar.''

Jadi sahabat2 ku..adakah kita tidak cinta kepd Rasulullah sedangkan para malaikat memberi jaminan masing2 utk org2 yg berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Jadi marilah kita berselawat..
'Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.'

Orang Korea Selatan Masuk Islam






Satu Platun Askar Korea Masuk Islam:
Komandan & 37 askar masuk Islam,Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.


Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:

“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.

Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!