Pages

Saturday, December 1, 2012

Cara Israel Ajar Kanak-Kanak Bencikan Islam Dan Palestin


Konflik Israel dan Palestin memang mengorbankan ramai mangsa. Penyebab konflik ini tidak selesai hanya dalam sehari semalam dan telah berlarutan selama bertahun-tahun. Sebenarnya, Israel melakukan banyak cara untuk mendidik generasi mudanya (khususnya kanak-kanak) agar kekal membenci orang arab dan golongan islam. Contohnya tv Israel Channel 1 mengadakan acara pendidikan anak-anak dimana anak-anak berusia 3-4 tahun diajak menyanyi dengan gembira. Salah satu lirik yang diajarkan adalah: “Makanan paling sedap adalah daging orang Arab, minuman paling sedap adalah darah orang Islam”.

Dan salah satu bahagian dari acara pendidikan tersebut adalah mengajarkan anak-anak Israel menulis "surat cinta" bagi sahabat mereka di Palestin di peluru/bom yang akan dijatuhkan di Palestin. Dan banyak hal lain yang tidak baik untuk diungkapkan. Sanggupkah kita? Perang memang sangat kejam. Apa salahnya kita hidup damai dan berbaik, bukankah kita ini sama-sama makhluk ciptaan Tuhan?

Pelik! Sungai Yang Ada Ombak Macam Laut


Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 10 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.

Dalam waktu-waktu tertentu, ombak sungai ini seperti tsunami sehingga ke daratan dan (nyaris) menghanyutkan kereta, walaupun ketika itu tidak ada ribut taufan. Unik dan mendebarkan sekaligus indah adalah daya tarikan tempat ini.
sumber

17 Gambar Pelik Yang Hanya Berlaku Di Rusia

Terdapat pelbagai gambar-gambar pelik di dunia ini..Hari ini kita akan tumpu untuk satu negara sahaja di mana ia berlaku di negara Russia. Saksikan semua gambar-gambar ini. 

via BlogZaim.

sumber

Gambaran Keadaan Manusia Berdosa di Padang Mahsyar

padang masyar

Sekadar renungan bersama, semoga ianya menjadi peringatan bagi kita yang sering lalai dan lupa.

Gambaran manusia yang berdosa di Padang Mahsyar:

1. Suka menabur fitnah sesama manusia
Berwajah Kera

2. Suka memberi & menerima rasuah
Berwajah Khinzir

3. Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
Buta Kedua Belah Mata

4. Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain .
Pekak Dan Bisu

5. Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya .
Tubuh Yang Mengalir Nanah & Darah Yang Amat Busuk Serta Menikam Lidahnya Berkali-Kali

6. Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
Badannya Luka Seperti Dihiris

7. Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
Berjalan Terhuyung Hayang Seperti Cacat

8. Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
Berjalan Seperti Mabuk

9. Orang-orang pemakan riba
Rupa Badannya Seperti Khinzir

10. Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

Tidak Bertangan dan Tidak Berkaki

11. Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
Wajah dan Badan Seakan Khinzir

12. Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
Perut Dipenuhi Ular dan Kalajengking Yang Sering Menyengatnya

13. Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
Badannya Sangat Busuk Seperti Bau Bangkai

14. Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
Tidak Berlidah Dan Darah Yang Amat Busuk Mengalir Dari Mulut

15. Suka melakukan zina
Berjalan Kaki Keatas Dan Kepala Kebawah, Darah Dan Nanah Sentiasa Mengalir Dari Kemaluan

16. Suka makan harta anak yatim
Muka Hitam Dan Perutnya Dipenuhi Api

17. Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
Kulit Dipenuhi Penyakit Sopak Dan Kudis

18. Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain
Giginya Seperti Tanduk Lembu, Lidah Terjelir Hingga Keperut, Najis & Air Kencingnya Sentiasa Menagalir Keluar Dari Kemaluan

Wallahu a’lam

Tuesday, November 20, 2012

Gambar-Gambar Adolf Hitler Yang Tidak Pernah Disiarkan



Adolf Hitler sering digambarkan sebagai manusia yang bengis dan kejam. Beliau turut dibawa kepada perspektif pandangan negatif. Namun disebalik gambaran tersebut, manusia ini turut pernah ketawa dan membawa keriangan kepada orang disekelilingnya. Berikut adalah antara foto-foto beliau yang tidak pernah disiarkan oleh media.



Monday, November 19, 2012

Fakta Mengenai Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi



Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .

» Abyssinia : Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20

» Austria - Hungary : Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

» Basutoland - Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

» Bengal - Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

» Burma - Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

» Catalonia - Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

» Ceylon - Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

» Champa - Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

» Corsica - Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

» Czechoslovakia - Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

» Jerman Timur & Jerman Barat - Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

» Pakistan Timur - Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentukBangladesh.

» Gran Colombia - Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

» Hawaii - Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

» New Granada - Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

» Yaman Utara & Yaman Selatan - Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

» Empayar Uthmaniyyah - Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

» Persia - Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

» Prussia - Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

» Rhodesia - Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

» Siam - Menjadi Thailand pada tahun 1939.

» Sikkim - Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

» Vietnam Selatan - Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

» Southwest Afrika - Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

» Taiwan - Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

» Tanganyika dan Zanzibar - 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

» Texas - Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

» Tibet - Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagaiXiZang

» Transjordan - Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

» USSR - Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

» Urjanchai Republic - Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

» Vermont - Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

» West Florida - Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

» Western Samoa - Menjadi Samoa pada 1998.

» Yugoslavia - Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

» Zaire - Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.


18 Ideologi Kamal Atartuk Laknatullah



1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.

2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.

4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.

5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.

6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.

7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menghilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu- tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang- terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan menghapuskan agama untuk kemajuan.

10. Agama Rasmi Turki juga sudah bukan Islam.

11. Islam diserang secara terbuka.

12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.

13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium dan ada masjid yang dijadikan gereja.

14. Bersembahyang berjemaah di masjid adalah dilarang sama sekali.

15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.

16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.

17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.

18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.