Pages

Wednesday, August 8, 2012

Tanda Orang Itu Mati Dalam Keadaan Beriman?

Telah dijelaskan di dalam Al-Quran di mana jenazah orang yang mati dalam keadaan beriman itu adalah tenang dan tenteram. Namun, sejauh mana kebenaran hukum yang dinyatakan, hanya Allah SAW yang mengetahui hal yang sebenar.



jenazah ditanam di liang lahad


Tanda Orang Mati Dalam Keadaan Beriman



Mengucap Kalimah Syahadah

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah’ nescaya masuk syurga.”


Mati Dalam Keadaan Percikan Peluh Di Dahi

Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.”



Mati Di Malam Jumat Atau Harinya

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur.”

Mati Syahid

Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah.
Mati Kerana Sakit Taun, Sakit Perut, Ditenggelami Air Atau Ditimpa Kemalangan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah.”

Mati Dalam Keadaan Nifas

Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah S.A.W yang bermakud: “Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid.”

Mati Pertahankan Harta Yang Hendak Dirampas

Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesiapa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid.”

Mati Kerana Mempertahankan Agama Dan Nyawa

Di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid.”

Mati Kerana Bertugas Di Dalam Perjuangan Islam

Di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur.”

Mati Kerana Beramal Soleh

Yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah’ kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat. Marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Semoga kematian kita juga di dalam husnul khatimah. Amin. Wallahuallam.

Tuesday, August 7, 2012

Kelebihan Menutup Majlis Dengan Tasbih Kafarah


tasbih kafarah

Ertinya:

"Maha suci Engkau, Ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Mu."

Tasbih Kaffarah ini sungguh besar ertinya. Antara yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW didalam beberapa riwayat antaranya ialah:

1. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu” .
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): "Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis” .
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

p:/: Amalkan apabila setiap kali habis majlis ilmu seperti Usrah,Ceramah dan lain lain

Langkah Betul Mengunakan Ayat Kursi Untuk Mengubat Orang Yang Terkena Gangguan/Dirasuk Jin


Salam Pembaca yang setia,

Cara yang betul yang diterangkan oleh Al-Fadhil Dato Ustaz Ismail Kamus untuk membaca Surah Ayatul Kursi bagi merawat orang yang terkena gangguan atau rasukan Jin adalah berikut:

1. Mula dengan azan.

2. Ayatul Kursi hendaklah dibaca sebanyak 300x dengan 9 waqaf. Tiap-tiap waqaf hendaklah berhenti. (Jikalau ada 10 orang, maka dibaca sebanyak 30 kali SETIAP seorang).

BACAAN AYATUL KURSI DENGAN 9 WAQAF.

 

Keistimewaan Al-Quran dan Malam Lailatulqadar

Keistimewaan Al-Quran dan Malam Lailatulqadar | al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.

Keistimewaan Al-Quran dan Malam Lailatulqadar

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.

Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.

Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran. 

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. 

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5) 

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

P/s :rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Isyaallah.

Bukti Kebenaran Al-Quran Air Yang Tidak Bercantum

Surah Ar-Rahman Ayat 19-21 : [19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; [20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; [21] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?




Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah
Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah
AIR SUNGAI TIDAK BERCANTUM DI DASU, INDUS KOHISTAN
Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah
AIR TIDAK BERCANTUM DI TELUK ALASKAN
Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah
 
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV`Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .

Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.



Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi“Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah


Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: 
 
 “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
 
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Keajiban Sungai Dan Laut Yang Begitu Indah


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. Sumber

SUBHANALLAH!!!

Kepala Disambar Petir Ketika Mengecas Telefon

SEDIH…ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun.

ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.

Kejadian jam 7 malam itu berlaku di Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan disambar petir lalu menyambar kepalanya.

Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata, perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.


Katanya, arwah yang bekerja sebagai pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.
“Tak sangka rupa-rupanya perubahan itu petanda hari terakhirnya bersama kami.
Kami sangat terasa kehilangannya memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.

p/s:Hati-hati lah bila hari hujan sebab macam-macam perkara boleh berlaku..
Harian Metro

Monday, August 6, 2012

Basikal Graviti:Basikal Tanpa Pedal

Kebanyakkan basikal tidak banyak berubah semenjak ia mula-mula diperkenalkan pada abad ke-20 dahulu..Walaupun dilihat dari rupa reka bentuk yang berbeza, namun ciri-ciri penting seperti pedal, rantai dan gear masih lagi dikekalkan..Macam mana pun, terdapat sejenis basikal yang tidak memerlukan ciri-ciri penting basikal tu semua..Kalau nak tahu basikal apa tu, meh usha kat bawah ni..





Basikal yang diilhamkan oleh Jeff Tiedeken ini diberi nama sebagai "Gravity Bike" kerana ia tidak memerlukan sebarang pedal, rantai dan gear sepeti kebanyakkan basikal normal yang lain. Selain itu, basikal ini juga mempunyai reka bentuk yang menarik.


Ia mempunyai bingkai seolah-olah seperti bonggol di tengah-tengah badan basikal berbanding bingkai bar lurus yang sering anda lihat. Pemegang dan kerusi penunggang juga telah disisipkan bersama rangka basikal bagi membolehkan penunggang berasa selesa ketika mencangkung pada kelajuan tinggi.


Basikal ini telah menjalani ujian kelajuan di mana ia mampu memecut sehingga 50 mph dan berpotensi untuk mencapai kelajuan tertinggi iaitu 70 mph. Seperti kebanyakkan jentera yang berkelajuan tinggi (motorsikal atau kereta), basikal ini menggunakan brek cakera hidraulik (hydraulic disc brakes) untuk menghentikannya. 


Walaubagaimana pun, disebabkan ia tidak mempunyai pedal seperti kebanyakkan basikal lain, ia hanya praktikal digunakan semasa menuruni jalan berbukit.




p/s: Agak-agak boleh lawan dengan basikal 'fixie' tak? =D
sumber